Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada anak sulung saya iaitu anak istimewa kategori Cerebral Palsy yang mana ianya melibatkan keempat-empat bahagia limbs dan terlantar dengan sepenuhnya bergantung kepada orang lain untuk menguruskan hatta makan minum dan apa sahaja.

Sebagai rujukan, keluarga adalah di bawah asnaf miskin LZS yang mendapat bantuan sewa rumah bulanan serta bantuan asas makanan. Oleh kerana, hanya suami sahaja yang bekerja manakala 3 lagi anak masih belajar selain Irfan.


Keperluan yang amat kritikal adalah “bath chair” khas cerebral palsy yang harga mencapai sekitar RM2500. Ini perlu memandangkan selama ini anak dimandikan di lantai bilik air sahaja dan keadaan yg agak tidak hygenic menyebab kan kulit anak dijangkiti infections yang agak teruk.

Selain itu, saya sangat mengalukan seandainya ada pihak2 yang sudi memberi sumbangan untuk lampin pakai buang dryper size xxl irfan yang sekarang sudah tidak mampu kami belikan. Sebelum ini ada pihak yang menaja untuk bekalan selama 6 bulan.

Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membantu saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.