Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak dan bekerja sebagai pekerja kedai makan yang sekadar bergaji RM1,500 sebulan. Suami pula dimasukkan ke penjara atas kesalahan penggunaan dadah.

Disebabkan paras kewangan saya yang kecil, saya tidak dapat menjamin dia kerana jumlah jaminan yang perlu dibayar adalah RM2,500.

Dengan keadaan suami di penjara, saya mengalami kesulitan untuk membayar tunggakan yang masih tersisa, terutama tunggakan sewa rumah ini kerana perlu memikirkan faktor keperluan makanan, bil utiliti dan lain lain.

Memandangkan saya sahaja bekerja untuk waktu ini. Keluarga terdekat juga tidak dapat membantu atas faktor kewangan mereka masing-masing. Semoga bantuan dari anda semua serba sedikit dapat mengurangkan bebanan yang saya tanggung ini.