Kembali

Terma & Syarat

Sekiranya terdapat individu yang ingin menganjur kempen di peduli.sumbangan.com, anda perlulah:

  1. Mempunyai kad pengenalan diri (MyKad)
  2. Mempunyai tujuan kempen yang jelas & mematuhi syariah
  3. Mempunyai dokumen sokongan kempen (Contoh: surat pengesahan hospital / surat pengesahan ketua kampung / gambar serta latar belakang ringkas individu yang memerlukan bantuan)
  4. Mempunyai perincian pecahan sasaran kempen yang jelas
  5. Mempunyai akaun bank yang sah
  6. Wajib memberi laporan perkembangan & pembuktian resit perbelanjaan
  7. Pemohon haruslah membuat permohonan permintaan pengeluaran dana untuk kempen yang dijalankan sesuai dengan jumah dana yang terkumpul beserta rincian pengguna dana.
  8. Platform peduli.sumbangan.com ini PERCUMA untuk anda mendaftar & mencipta kempen anda di platform ini. Namun caj per transaksi sebanyak RM0.85 akan dikenakan bagi kegunaan gerbang pembayaran (pihak ketiga). Caj ini akan ditolak dari jumlah dana kutipan yang terkumpul kelak.

    [MAKLUMAN] Caj gerbang pembayaran kini telah dinaikkan kepada RM0.85 berbanding sebelumnya RM0.70. Peningkatan caj ini terpaksa dilakukan akibat kenaikan caj daripada pihak penyedia perkhidmatan (gerbang pembayaran).

    Oleh itu, contoh pengiraan terkini adalah seperti berikut:
    Jumlah dana kutipan kempen: RM3,000
    Jumlah transaksi: 150
    Caj gerbang pembayaran: RM0.85 X 150 = RM127.50
    Jumlah bersih yang diberikan kepada penganjur kempen: RM2,872.50

    10% daripada jumlah bersih akan diberikan kepada penganjur setelah kempen anda selesai. Ini bertujuan untuk memastikan penganjur bertanggungjawab di atas jumlah sumbangan yang telah diterima.