peduli.sumbangan.com merupakan platform atas talian yang dibangunkan khusus untuk warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan dana.
Individu yang memerlukan sumbangan dan memenuhi terma & syarat yang telah ditetapkan.
a. Perubatan;
b. Pelajaran;
c. Kelangsungan hidup;
d. Kerosakan rumah akibat bencana alam;
e. Bantuan haiwan prihatin.
PERCUMA. peduli.sumbangan.com tidak mengenakan sebarang yuran terhadap individu yang memohon kempen di peduli.sumbangan.com.
Minimum RM300.00
Maksimum RM3,000.00
Penganjur kempen bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencipta kempen, mengendalikan kempen & wajib memberikan laporan serta bukti, seperti gambar, video, resit pembelian terhadap sumbangan yang diterima daripada para penyumbang.
Setiap kempen yang mendaftar di platform peduli.sumbangan.com akan menjalani saringan asas terlebih dahulu, walaubagaimanapun kami tidak dapat memberi jaminan terhadap kesahihan kempen tersebut serta tidak menjalankan siasatan secara terperinci. Segala sumbangan yang dibuat pada kempen peduli.sumbangan.com adalah sepenuhnya berada di bawah tanggungjawab & penilaian para penyumbang.
Kepada Para Penyumbang
Platform ini PERCUMA untuk anda. Anda boleh manfaatkan & mengguna platform ini sebaik mungkin. Sumbangan yang anda berikan tidak dikenakan caj tambahan. peduli.sumbangan.com ini dibangunkan khusus untuk kita sama-sama membantu masyarakat yang memerlukan secara lebih meluas.
Sebagai tanda sokongan, anda juga boleh memilih tambahan jumlah seikhlas hati anda untuk disalurkan kepada tim pengurusan kami di akhir proses pembayaran kelak. Kongsikan berita baharu ini kepada rakan-rakan anda!
Kepada Penganjur Kempen
Kini kami di sumbangan.com telah mewujudkan platform peduli.sumbangan.com khas untuk anda! Platform peduli.sumbangan.com ini PERCUMA untuk anda mendaftar & mencipta kempen anda di platform ini. Namun caj per transaksi sebanyak RM0.85 akan dikenakan bagi kegunaan gerbang pembayaran (pihak ketiga). Caj ini akan ditolak dari jumlah dana kutipan yang terkumpul kelak.
[MAKLUMAN] Caj gerbang pembayaran kini telah dinaikkan kepada RM0.85 berbanding sebelumnya RM0.70. Peningkatan caj ini terpaksa dilakukan akibat kenaikan caj daripada pihak penyedia perkhidmatan (gerbang pembayaran).
Oleh itu, contoh pengiraan terkini adalah seperti berikut:
Jumlah dana kutipan kempen: RM3,000
Jumlah transaksi: 150
Caj gerbang pembayaran: RM0.85 X 150 = RM127.50
Jumlah bersih yang diberikan kepada penganjur kempen: RM2,872.50
Anda boleh membuat pendaftaran di sini https://peduli.sumbangan.com/daftar. Selepas membuat pendaftaran, pihak sumbangan.com akan membuat semakan dan menghubungi pihak anda.
Penganjur perlu membuat permohonan pengeluaran sebelum hari Rabu berserta resit/ dokumen sokongan & rincian kegunaan sumbangan, dan setelah permohonan diluluskan, pihak sumbangan.com kami akan membuat pengeluaran pada setiap hari Khamis.
Tidak. Setiap promosi kempen di peduli.sumbangan.com adalah tanggungjawab penganjur sendiri. Pihak peduli.sumbangan.com hanya menyediakan platform sahaja.
Ya, sumbangan hanya diberikan dalam bentuk wang ringgit sahaja kepada penganjur kempen.