Assalamualaikum Para Pelawat,
Kami wujudkan sumbangan.com (platform pengumpulan dana kebajikan) dengan visi untuk menjadi Platform Kebaikan #1 Di Malaysia. Kami sedaya upaya menerapkan sifat mengutamakan ganjaran akhirat berbanding dunia dalam usaha yang kami lakukan. Semoga niat baik kita semua dipermudahkan Allah SWT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah melalui sumbangan.com ratusan ribu masyarakat telah dibantu oleh NGO yang menggunakan platform ini. Antara yang menerima manfaat adalah dari kalangan mereka yang ditimpa musibah bencana alam, masalah kesihatan, asnaf, anak yatim serta penuntut ilmu.

peduli.sumbangan.com merupakan sebuah modul yang diwujudkan khusus untuk membantu individu yang memerlukan sumbangan melalui kempen-kempen yang bakal dijalankan secara telus, mudah dan sistematik tanpa ada unsur pecah amanah & eksploitasi.

Pihak sumbangan.com & peduli.sumbangan.com tidak bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan dana yang disumbangkan oleh para penyumbang. Sumbangan yang dibuat pada kempen peduli.sumbangan.com adalah sepenuhnya berdasarkan pertimbangan serta budi bicara daripada para penyumbang itu sendiri.

#KitaPeduli
sumbangan.com
Memudahkan Kebaikan