Pelajaran

BANTUAN KELANGSUNGAN HIDUP DAN PENDIDIKAN SEKOLAH ANAK HAFIZAH

RM 305 dari RM 3,000.00

10.17%

42 baki hari lagi


Nur Hafizah
Akaun Disahkan


Saya Habibah binti Hashim ibu kepada Nur Hafizah Zulkipli mewakilkan anak saya memohon dana orang ramai untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh anak saya, bakal ibu tunggal dan cucu-cucu saya yang masih kecil. 



Di sini saya lampirkan surat laporan dan beberapa lampiran untuk rujukan penderma bagi memudahkan urusan saya, anak saya, dan cucu-cucu saya.



Anak saya telah dihalau keluar oleh mertua dan suaminya dari rumah mertua di Keramat Permai dan sekarang tinggal di rumah saya di Kedah bersama anak-anaknya yang masih kecil. Saya peniaga kecil-kecilan dan anak saya pula bekerja sebagai pembantu kedai di Batu 5, Jalan Jeniang Gurun.




Dengan pendapatan yang tidak seberapa, tidak dapat menampung kos untuk menukarkan persekolahan anaknya dari Keramat, KL ke Kedah. Tempoh hari, anak saya ada menelefon sekolah anaknya di Keramat untuk adiknya mengambil surat pertukaran. Namun, pihak berkuasa polis Pandan Indah tidak membenarkan adiknya mengambil surat tersebut kecuali ibunya sendiri yang hadir.



Walaupun begitu, dana berkenaan adalah untuk membeli keperluan sekolah untuk memulakan sekolah yang baharu. Harap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban mereka.


Hamba Allah

1 day ago

Semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah, kerja yang lebih baik dari sekarang, dan jodoh yang baik-baik, bertanggungjawab

AZARUL ARIF

1 week ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

2 weeks ago

Ya Allah kau infaqkan lah pahala ini kepada Arwah Ibu ku, semoga Ibuku dijauhkan dari Azab seksa kubur dan azab siksa api neraka tempatkan Ibu digolongan org2 yg beriman dan beramal soleh... Aamiin...

AZARUL ARIF

2 weeks ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

2 weeks ago

Doakan smoga saya dan sekeluarga dimurhkn rzeki dan diberikan kesihatan yg baik🤗

Hamba Allah

3 weeks ago

Mohon doakan moga dipermudahkan urusan saya dan anak2 serta berjaya di dunia dan akhirat...amin...

Hamba Allah

3 weeks ago

Semoga dipermudahkan segala urusan dan doakn saya dan family saya sentiasa di dalam rahmatNYA aamiin love u all🫂

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

3 weeks ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

  • Jul 16,2024
    Buat simpanan sedikit Dlm kecemasan sbb saya perlukan duit nk pergi pakar cek kaki tulang jari saya patah sbb Kemalangan
  • Jul 15,2024
    RM 175.27 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jul 06,2024
    Pengeluaran duit untuk membeli susu pampers sementara anksaya bergaji bulan depan sbb baru dapat bekerja sebagai caregiver apa pon ank saya masih memerlukan dana utk mengurangkan beban yg ditanggung