Perubatan

MEMOHON BANTUAN KOS PERUBATAN ROZAIMI

RM 1,206 dari RM 3,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Rozaimi bin Ramli
Akaun Disahkan

Saya Rozaimi bin Ramli berumur 44 tahun sedang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, saraf kaki dan jantung berlubang selama 13 tahun. Baru-baru ini pula saya dikesan mengalami buah pinggang bocor.

Disebabkan penyakit yang dihidapi ini, saya sering keluar masuk wad. Air yang berlebihan dalam badan menyebabkan badan saya jadi sembab atau bengkak air. Alhamdulillah, ada hamba Allah setuju meminjamkan oxygen cylinder utk kegunaan di rumah. Jadi, saya sudah tidak perlu bergegas ke klinik jika mengalami sesak nafas.

Isteri saya bekerja sebagai penconteng kain batik secara sambilan sahaja kerana perlu menjaga saya dan menguruskan persekolahan anak. Saya mempunyai anak yang masih bersekolah berumur 12 tahun. Saya tidak dapat bekerja disebabkan penyakit dialami.

Buat masa ini, kewangan masih tidak mencukupi kerana perbelanjaan keluarga agak besar. Sewa rumah RM280 serta bil elektrik telah tertunggak beberapa bulan. Perbelanjaan lain seperti kos ubat-ubatan, susu diabetik, kos berulang ke klinik untuk mencuci luka, belanja sekolah anak dan perbelanjaan harian juga tidak mencukupi. Lalu, kami makan apa yang ada sahaja tanpa memilih. Antara kos yang terlibat adalah:

1. Cuci luka RM150

2. Tong oksigen RM70/seminggu

3. Susu diabetik RM129.90/2 minggu

4. Lain-lain perbelanjaan.

Kami pernah terputus bekalan makanan semasa saya masuk hospital 2 minggu untuk pembedahan tangan dan komplikasi buah pinggang bocor. Lepas keluar hospital baru, adik beradik ada hulurkan duit sikit seorang setakat yang mereka mampu kerana mereka juga bukan orang berada. Duit bantuan dari JKM RM250 digunakan untuk membayar sewa rumah.

Saya berterima kasih sangat pada yang sudi bantu meringankan beban keluarga kami. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat rezeki yang melimpah ruah buat semua yang membantu kami.

AZARUL ARIF

5 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

AZARUL ARIF

5 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

AZARUL ARIF

6 months ago

MOHD AMIN

6 months ago

Semoga amalan2 kami di dunia ini diberkati and diterime oleh Yang Maha Esa, Allah swt.

  • Nov 27,2024
    RM 115.65 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 14,2024
    Kos ubat
  • Nov 11,2024
    RM 1,040.85 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Oct 31,2024
    Untuk kos hspital