Kelangsungan Hidup

MOHON SUMBANGAN UNTUK TEMPAT TINGGAL KAMI

RM 345 dari RM 3,000.00

11.5%

327 baki hari lagi


NAZIRUL
Akaun Disahkan


Di sini saya ingin memohon sumbangan untuk baik pulih rumah kecil kami. Tandas yang kami gunakan tiada tempat untuk membuang air besar dan rumah kami selalu dimasuki air hujan, panas dan haiwan-haiwan liar seperti ular, lipan dan lain-lain disebabkan dinding yang berlubang.




Ini bekas rumah pakcik saya, tapi, dia berikan pada kami atas sebab kami tiada tempat tinggal. Namun, kami masih bersyukur kerana masih ada tempat untuk berteduh. Segala peralatan di rumah ini adalah miliknya dan dalam pertengahan bulan ini, dia akan ambil kembali perabot-perabot tersebut seperti peti sejuk dan dapur gas.


Kami perlu cari peti sejuk dan dapur gas untuk gantikan yang sebelum ini. Kipas kami juga adalah  bekas rosak orang buang yang saya kutip saja dan saya buat sendiri. Keadaan disini sangat panas tengahari. Apabila malam, nyamuk banyak disebabkan tingkap yang terbuka. 




Saya memohon jasa baik semua untuk membantu rumah kecil kami menjadi lebih selamat untuk berteduh. Segala sumbangan amatlah saya hargai.

Hamba Allah

3 weeks ago

Semoga diberi kemudahan melangsungkan kehidupan dan cepat dapat pekerjaan supaya anda sendiri dapat menyara keluarga. Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim, Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku, Sembuhkanlah segala penyakitku, Lanjutkanlah usiaku, Limpahkanlah rahmatMu dan rezekiMu yang luas kepadaku, Makbulkanlah segala doa dan hajatku. Aamiin Aamin Ya Mujiib

Hamba Allah

3 weeks ago

Sembuhkanlah penyakit anakku Ahmad. Pertemukanlah kami jalan untuk menjadikannya manusia yang berilmu. Kuatkanlah jiwa dan mental anak perempuanku di asrama.

NUR NABILA BINTI MUHAMAD AZMI

3 weeks ago

Semoga Allah SWT memudahkan urusan awak, urusan saya dan urusan kita semua. InshaAllah. Amin.

Hamba Allah

3 weeks ago

Doakan saya sekeluarga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan halal.

Hamba Allah

4 weeks ago

Semoga berkati segala usaha kita dan menjadikan kita hamba2Nya yang lbh bertaqwa.

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah, lapangkanlah kehidupan keluarga ini. Mudahkanlah setiap urusannya. Mudahkanlah juga urusan keluarga kami, sembuhkan penyakit yg ada pd kami, sahabat2 & jiran tetangga kami. Limpahkan kami rezeki yg berkat spya dpt kami berkongsi dgn hamba Mu yg lain. Pelihara iman & taqwa kami di jalan Mu, masukkan kami ke dalam syurga Mu dan ampunkanlah dosa2 kami yg tlh lalu... Aamiinnn...

Hamba Allah

1 month ago

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu kelangsungan hidup.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga dipermudahkan segala urusan & mendapat bantuan yang berterusan.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga dipermudahkan segala urusan kita, diberikan kesihatan yang baik dan diperluaskan pintu rezeki

  • May 29,2023
    RM 132.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • May 27,2023

    Tak ada yg sudi beri pada saya ☺️ baby saya selalu di basahi hujan2 yg turun di sebabkan keadaan rumah . Kadang hujan kadang panas baby sy demam di sebabkan keadaan rmh bnyak yg x ada dinding . Bantu la sy serba sedikit 😢

  • May 23,2023
    kegunaan rumah
  • May 16,2023
    RM 136.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • May 09,2023
    beli kipas dan spray nyamuk terlalu bnyak nyamuk