Perubatan

KOS PERUBATAN ANAK OKU TERLANTAR

RM 3,035 dari RM 3,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Intan Maszura bt nordin
Akaun Disahkan


Pernah ikat perut demi anak

Anak ketiga kami, Nurul Alieya Aqiela, 16, menghidap autisme sejak lahir dan kini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (SM) Vokasional Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.


Manakala, anak mereka yang bongsu, Muhammad Hairi Haikal, 15, kini terlantar dan disahkan Cerebral Palsy (CP) ketika berusia enam bulan. Ia bukan mudah untuk membesarkan dua anak syurga ini.


Saya perlu kuat dari segi mental dan fizikal dan yang paling merisaukan kami kerana perlu bersedia dari segi kewangan juga.


Suami saya bekerja sebagai buruh saja, namun oleh sebab bukan bekerja tetap, jadi pendapatan tidak menentu. Anak bongsu masih perlu dirujuk ke Hospital Segamat, Hospital Batu Pahat dan Hospital Tangkak, namun jika nak ke hospital, terpaksa menaiki kenderaan e-hailing kerana ada ketika suami tiada dan saya pula tak pandai memandu.


Tambangnya bukan murah dan sebab itu ada kalanya tak dapat ke hospital kerana perlu gunakan duit untuk perbelanjaan lain terutama sewa bulanan rumah sebanyak RM300.


Kami ada menerima bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagaimanapun, bantuan diterima tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan dan meringankan beban kami.

Ia tidak cukup kerana saya dan suami perlu menyara dua lagi anak normal dengan yang sulung (Nurrul Aqirah, 20) masih menuntut di Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB). Manakala yang kedua sudah mendapat tawaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka.


Jadi, kami semua bergantung dengan pendapatan suami saja hingga pernah ikat perut kerana tiada duit nak makan. Ada juga satu ketika kami terpaksa pinjam duit dengan rakan dan keluarga kerana terdesak.

Saya berharap sangat ada pihak sudi membantu meringankan beban kami. Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya dan suami buntu memikirkan bagaimana kami nak terus bertahan.

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah Ya Rabbi Maha Pengampun, Ampunilah segala dosa kami, kurniakanlah rezeki kepada kami dan makbulkanlah segala permintaan hajat dan doa kami.

HAMBA ALLAH

1 month ago

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, bantulah kami keluar daripada segala kekusutan, kelemahan dan kekhilafan yang ada di dalam diri kami. Permudahkan dan makbulkanlah segala hajat dan doa yang kami mohon. Ampunilah segala dosa dan khilaf kami, terimalah amalan ibadat kami sedari kecil. Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa ke atas segalanya. Aamiin Ya Rab Bal A'lamiin

ABDUL HAKIM BIN GHAZALI

1 month ago

Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada puan sekeluarga. Didoakan juga semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik pada keluarga saya.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga Allah swt selamat kan saya dan semua umat Nabi Muhammad saw dari fitnah akhir zaman dan fitnah dajjal. Amin yra

Hamba Allah

1 month ago

Doakan saya dimurahkan rezeki, mendapat Rakan sekerja yang baik dan dimurahkan urusan di tempat kerja baru

Hamba Allah

1 month ago

Semoga dipermudahkan urusan adik

Hamba Allah

2 months ago

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Hamba Allah

2 months ago

Semoga Allah mudahkan urusan penerima sumbangan. Semoga sedikit sumbangan ini mendapat redhaMu, menghapuskan segala dosa dan membuka segala pintu rezeki yg tidak pernah diduga.

Hamba Allah

2 months ago

fgbfdxhfd

MUHAMMAD TAUFIK

2 months ago

Semoga keluarga cik mohd aziz murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin ya Rabbal Alamin

  • Jul 01,2024
    RM 340.95 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jun 24,2024
    Untuk kos rawatan ke hspital
  • Jun 24,2024
    RM 286.02 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jun 16,2024
    Untuk kos rawatan hospital hari Ahad nanti ke hospital Segamat
  • Jun 04,2024
    RM 78.70 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • May 28,2024
    Kos tambang
  • May 27,2024
    RM 361.43 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • May 15,2024
    Kos grab untuk 23 haribulan nanti
  • May 14,2024


  • May 13,2024