Kelangsungan Hidup

NOOR AZURA NENEK SARA 3 CUCU MOHON BANTUAN

RM 390 dari RM 2,500.00

15.6%

115 baki hari lagi


NOOR AZURA BINTI HUSIN
Akaun Disahkan


Saya, Azura, berusia 58 tahun dan telah kematian suami sejak tahun 2015. Sejak pemergian suami, saya berusaha mencari rezeki dengan membuat kuih dan menghantarnya ke beberapa kedai untuk dijual. Hasil pendapatan yang diperoleh hanyalah cukup untuk menampung keperluan asas. Pada masa yang sama, saya turut memikul tanggungjawab menjaga dan menyara tiga orang cucu yang masih bersekolah selepas ibu bapa mereka bercerai. Walaupun saya mempunyai tiga orang anak, mereka tidak mampu membantu kerana pendapatan masing-masing hanya mencukupi untuk menyara keluarga sendiri.



Kini saya sedang berdepan dengan kesukaran kewangan yang amat membebankan. Bekalan elektrik di rumah saya telah diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan tunggakan dan bil semasa yang berjumlah lebih RM400. Sekiranya bayaran tersebut tidak dapat dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, bekalan elektrik berkemungkinan akan dipotong, sekali gus menyukarkan kehidupan saya dan cucu-cucu yang masih bersekolah.



Selain itu, saya juga amat memerlukan bantuan untuk membaiki paip tangki air yang bocor. Kos upah pembaikan yang dikenakan adalah terlalu tinggi dan diluar kemampuan saya. Akibat kebocoran tersebut, rumah kami sering dilanda air bertakung setiap hari, sekaligus menjejaskan keselesaan, kebersihan dan keselamatan kami.



Dengan rendah hati, saya memohon jasa baik dan pertimbangan daripada pihak yang berkenaan agar dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang saya dan keluarga sedang tanggung.

Hamba Allah

15 hours ago

Bismilllah, Alhamdullilah, Sollahu Ala Muhammad, ya Allah aku mohon maaf&ampun untuk diriku, ibubapa keluarga guru² serta Muslimin Muslimat yg Masih hidup& telah meninggal dunia serta yg pernah dzalimi agar Kami tidak dituntut d akhirat. Aku mohon dari Mu pelihara ku& keluarga dunia&akhirat dari azab neraka& kubur & panjangkan usia ku keluargaku lm kemudahan selamat & baik dlm agama dunia akhirat.

Hamba Allah

1 week ago

Doakan saya terus kuat dan dipermudahkan urusan untuk mendapat rezeki dengan kerja yang lebih baik dari sekarang. Doakan saya diberi rezeki untuk dapat pekerjaan yang saya inginkan.

Hamba Allah

2 weeks ago

Ya Allah maafkan& ampuni atas dosa& Salah yg kecil&besar,tsembunyi&nyata, yg Kurang &lebih, sengaja&tidak sengaja oleh Ku, ibubapaku keluargaku, guru guru & Muslimin Muslimat yg pernah dzalimi jadikan rahmat penghapus dosa sesungguhnya Engkau Maha pemaaf lagi Maha penyayang, ku Mohon dariMu jauhkan kami drpd ujian yg berat, takdir& Bala yg buruk serta keselamatan kebaikan dunia akhirat untuk kami.

Hamba Allah

2 weeks ago

Ya Allah maafkan& ampuni atas dosa& Salah yg kecil&besar,tsembunyi&nyata, yg Kurang &lebih, sengaja&tidak sengaja oleh Ku, ibubapaku keluargaku, guru guru & Muslimin Muslimat yg pernah dzalimi jadikan rahmat penghapus dosa sesungguhnya Engkau Maha pemaaf lagi Maha penyayang, ku Mohon dariMu jauhkan kami drpd ujian yg berat, takdir& Bala yg buruk serta keselamatan kebaikan dunia akhirat untuk kami.

Hamba Allah

3 weeks ago

Ya Allah maafkan Dan ampuni Aku& keluargaku dunia & akhirat, atas kesalahan & dosa yg d sengaja& tidak sengaja oleh ku,keluargaku yg Awal& akhir , dahulu& mendatang, kecil&besar, tersembunyi& nyata, sedar& tidak sedar oleh Kami, ku mohon kepada Mu, kemudahan, keselamatan&kebaikan dlm urusan agama, dunia&akhirat Kami semua, guru² & yg pernah dzalimi jadikan rahmat Dan penghapus dosa dunia akhirat

Hamba Allah

3 weeks ago

Ya Allah, Aku Mohon kepada Mu maaf&ampun atas segala kesalahan& dosa amalan Hati&perbuatan Kami ya Allah ya Tuhan, Aku Mohon kepada mu perlindungan & keselamatan pertolongan dan kebaikan Dalam agama dunia& akhirat Kami semua untuk diriku, keluarga, guru guru serta Muslimin Muslimat yg pernah dizalimi Jadikan ia sbg penghapus dosa & Rahmat dunia& akhirat. Panjangkan umur keluargaku dlm Rahmat Mu.

Hamba Allah

3 weeks ago

Ya Allah, Aku Mohon maafkan & ampunkan Aku, keluargaku, serta Muslimin Muslimat yg Masih hidup & telah meninggal dunia yg baik² Dan yg pernah dzalimi JD sbg Rahmat Dan ampunan dosa. Aku mohon panjangkan umur keluargaku Dalam redha, Rahmat, ampunan, keselamatan, kebaikan, Dan kemudahan dlm agama, dunia Dan akhirat daripada Mu untuk keluargaku semua ya Rabb.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kita di dunia & akhirat. Diampunkan segala dosa ibubapa & ahli² keluarga kita 🤲🏼

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah, Aku Mohon maaf Dan ampun kepada Mu atas segala yg Kurang yg lebih yg Salah yg buruk dlm Amal Dan segala dosa yg Awal Dan akhir sembunyi & nyata, yg sengaja & tidak sengaja oleh Ku, ibubapa ku, keluargaku, Muslimin Muslimat yg hidup Dan telah meninggal dunia serta khusus yg pernah dizalimi d cela d maki jadikan ia asbab penghapus dosa Dan rahmat dunia Dan akhirat.

SHAFIQAH ZACKROSE

1 month ago

Sedekah Al-Fatihah untuk ayahanda tercinta saya. Derma ini ditujukan juga buat ibu saya. Doakan juga agar saya dapat bertemu dengan jodoh yang terbaik buat diri saya. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan diberkati olehNya dunia akhirat. Aamiin..

  • Sep 01,2026
    RM 59.04 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Aug 25,2026
    ingin membuat pengeluaran
  • Aug 13,2026

    153029337402

    NOOR AZURA BINTI HUSIN

    MAYBANK

  • Aug 10,2026
    RM 41.85 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Aug 06,2026
    RM 211.50 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jul 30,2026
    ingin membuat pengeluaran
  • Jul 27,2026
    RM 178.02 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jul 25,2026
    ingin menambah pengeluaran bayar tunggakan
  • Jul 15,2026
    ingin mohon pengeluaran untuk bekalan cucu sekolah