Perubatan

MOHON KOS RAWATAN ISTERI RIZAL

RM 700 dari RM 3,000.00

23.33%

245 baki hari lagi


Mohd Rizal Bin Abdul Razak
Akaun Disahkan


Saya, Mohd Rizal bin Abdul Razak, tinggal di rumah sewa bersama isteri, Rozita binti Talip. Isteri saya menghidap penyakit saraf yang menyebabkan beliau tidak lagi mampu berjalan dan kini hanya bergantung kepada kerusi roda. Keadaannya semakin uzur sehingga memerlukan penggunaan pampers sebanyak 3 keping sehari serta ubat-ubatan untuk membantu menguruskan keadaan sarafnya.



Untuk keperluan bulanan, saya perlu menyediakan Neurobion Vitamin E2, B6 dan B12 sebanyak 2 pek sebulan dengan kos sekitar RM118.90. Selain itu, pampers dewasa pula memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1,253.79 sebulan. Keseluruhan kos ubat dan pampers sahaja mencecah RM1,372.69 setiap bulan, sedangkan pendapatan saya hanya RM1,700 sebulan.



Keadaan kewangan kami semakin tertekan kerana saya mempunyai pelbagai komitmen dan tunggakan hutang, termasuk pinjaman Selangor Hijrah, TEKUN Nasional, motosikal, Perodua Alza, pinjaman telefon, kad kredit dan beberapa hutang lain. Jumlah keseluruhan hutang yang perlu ditanggung adalah sekitar RM53,210.09. Dengan pendapatan yang terhad, saya tidak lagi mampu menanggung semua keperluan isteri serta bayaran hutang secara serentak.



Oleh itu, saya memohon jasa baik orang ramai untuk membantu meringankan beban kami, khususnya bagi membeli ubat dan pampers isteri. Sekiranya sumbangan mencukupi, saya berharap dapat menggantikan kerusi roda isteri yang telah uzur dan membawanya mendapatkan fisioterapi bagi membantu keadaan fizikalnya. Semoga setiap sumbangan yang diberikan dapat meringankan kesusahan kami dan menjadi amal jariah buat para penyumbang.

Hamba Allah

6 days ago

Bismillah Yang maha pemaaf lg maha pengampun dan maha penyayang , ya Allah maafkan dan ampuni aku, atas segala salah&dosaku, ibubapaku, keluargaku, serta muslimin&muslimat yg masih hidup & telah meninggal dunia , maafkan&ampuni kami ya Allah dunia akhirat jgn Engkau hukum yg boleh datangkan mudarat atas kami yg d sebabkan Salah dan silap kami dunia & akhirat.

Hamba Allah

6 days ago

Bismillah Yang maha pemaaf lg maha pengampun dan maha penyayang , ya Allah maafkan dan ampuni aku, atas segala salah&dosaku, ibubapaku, keluargaku, serta muslimin&muslimat yg masih hidup & telah meninggal dunia , maafkan&ampuni kami ya Allah dunia akhirat jgn Engkau hukum yg boleh datangkan mudarat atas kami yg d sebabkan Salah dan silap kami dunia & akhirat.

Hamba Allah

6 days ago

Bismillah, ya Allah maafkan& ampunku sentiasa atas Salah&dosa yg boleh memudaratkan orang lain khususnya ibubapa&keluargaku, maafkan&ampuni juga ibubapa,keluarga& umat islam &yg ku anggap sbg guru² didunia&akhirat, dipanjang usia&kesihatan yg berlanjutan, redhai rahmati ampuni maafkan semua semasa hidup, semasa & selepas mati& selepas dibangkitkan semula nanti dimudah&dimaafkan hari hisab kelak.

Hamba Allah

1 week ago

Bismillah, Allahumma Solli Alaa Muhammad, ya Allah, dengan rendah diri,ku sentiasa mohon maaf&ampun Mu atas segala dosa&salahku ibubapa,keluarga, umat islam& yg d anggap sbg guru-guruku agar sentiasa dmudahkan, kebaikan&selamat dunia akhirat, panjangkan usia keluargaku semua dlm redha rahmat keampunan juga semasa& selepas mati& dibangkit semula nanti dimudah&dimaafkan ketika Hari hisab kelak Aminn

Hamba Allah

2 weeks ago

Bismillah, Allah yang maha pemaaf & pengampun, Allahumma Solli Alaa Muhammad, ku sentiasa mohon maaf&ampun dri Mu atas segala salah&dosaku, ibubapaku, keluargaku serta muslimin&muslimat yg masih hidup& telah meninggal dunia yg berhak keatas kami yg dpt mendatang mudarat&murka Mu kepada Kami, maafkan Kami ya Allah, panjgkan usia keluargaku semua agama dunia & akhirat dlm selamat&baik&mudah Aamiin .

Hamba Allah

2 weeks ago

Bismillah, Allah yang maha pemaaf & pengampun, Allahumma Solli Alaa Muhammad, ku sentiasa mohon maaf&ampun dri Mu atas segala salah&dosaku, ibubapaku, keluargaku serta muslimin&muslimat yg masih hidup& telah meninggal dunia yg berhak keatas kami yg dpt mendatang mudarat&murka Mu kepada Kami, maafkan Kami ya Allah, panjgkan usia keluargaku semua agama dunia & akhirat dlm selamat&baik&mudah Aamiin .

Hamba Allah

2 weeks ago

Semoga isteri encik diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Sumbangan saya tak seberapa tapi saya doakan dan berharap encik sekeluarga dapat mencapai target yang diperlukan Aameen Ya Rabbal Alamin.

Hamba Allah

3 weeks ago

Dengan Nama Allah yg maha pemaaf lagi maha pengampun, Aku sentiasa memohon maaf& ampun dariNya atas segala kesalahan&dosaku keluarga, serta seluruh muslim yg hidup telah meninggal dunia yg berhak keatas kami, atas dosa Kami semua sengaja & tidak sengaja,sedar & tidak sedar, dulu &mendatang, yg awal&akhir,sembunyi&nyata yg Dia lebih mengetahui, maafkan& ampuni kami ya Allah dunia & akhirat.

Hamba Allah

3 weeks ago

Bismillah, ya Allah saya sentiasa memohon maaf&ampun dari Mu atas segala salah&dosaku,ibubapa&keluargaku, guru² serta seluruh umat Muhammad khususnya yg berhak keatas kami, agar tidak ada lagi yg menuntut kami d akhirat kelak, maafka& ampuniku, saya memohon dariMu kebaikan,mudah&selamat dunia&akhirat. Aku memohon dariMu dipanjangkan usia keluargaku semua dlm rahmat ampunan&redhaMu ya Allah.Aaminn.

Hamba Allah

3 weeks ago

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita di dunia dan juga do akhirat

  • Nov 16,2026
    RM 528.34 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 11,2026
    Saya nak buat pengeluaran rm528.34 kerana saya nak gunakan untuk membeli ubat isteri saya.