15.67%
98 baki hari lagi
Saya merupakan seorang ibu yang mengalami masalah penglihatan yang serius. Mata kanan saya telah buta sepenuhnya, manakala mata kiri hanya mampu melihat sekitar 40% sahaja. Keadaan kesihatan saya juga tidak menentu kerana saya sering mengalami pitam dan tumbang, menyebabkan saya sukar untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana beliau perlu membantu menguruskan anak-anak dan menjaga saya. Kini, beliau hanya bekerja sendiri dengan mengambil upah seperti memotong rumput dan melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik (wiring). Namun begitu, pendapatan yang diperoleh tidak menentu dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga kami.
Kami kini berdepan dengan kesukaran kewangan apabila tunggakan sewa rumah telah mencecah empat bulan. Ada kalanya kami juga terputus bekalan makanan dan berdepan kesukaran untuk menyediakan wang bagi mengisi minyak kenderaan bagi menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah serta memenuhi keperluan persekolahan mereka.

Walaupun sedang melalui fasa yang sukar, saya dan suami sentiasa berusaha untuk memperbaiki taraf hidup keluarga kami. Kami berharap agar ada sinar rezeki dan bantuan yang dapat meringankan beban yang kami tanggung.
Hamba Allah
Semoga pemberi dan seluruh umat Nabi Muhammad dimudahkan segala urusan dunia akhirat, dicukupkan rezeki yang halal dan berkat seperti mengalirnya Air Zamzam dan mendapat kesudahkan yang baik diakhirat kelak. Amin
HAMBA ALLAH
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Hamba Allah
Maafkan kami ya Allah, Rahmati kami ya Allah
Hamba Allah
Lillahitaala je
Hamba Allah
Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kita di dunia & akhirat. Diampunkan segala dosa ibubapa & ahli² keluarga kita 🤲🏼
Hamba Allah
Ya Allah, Aku Mohon maaf Dan ampun kepada Mu atas segala yg Kurang yg lebih yg Salah yg buruk dlm Amal Dan segala dosa yg Awal Dan akhir sembunyi & nyata, yg sengaja & tidak sengaja oleh Ku, ibubapa ku, keluargaku, Muslimin Muslimat yg hidup Dan telah meninggal dunia serta khusus yg pernah dizalimi d cela d maki jadikan ia asbab penghapus dosa Dan rahmat dunia Dan akhirat.
SHAFIQAH ZACKROSE
Sedekah Al-Fatihah untuk ayahanda tercinta saya. Derma ini ditujukan juga buat ibu saya. Doakan juga agar saya dapat bertemu dengan jodoh yang terbaik buat diri saya. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan diberkati olehNya dunia akhirat. Aamiin..
Hamba Allah
Ya Allah ya Tuhan, Aku memohon maaf & Ampun kepada Mu atas segala kesalahan kekurangan yg berlebihan & buruk Dalam perbuatan & segala dosa yg tersembunyi yg terang yg Awal yg akhir yg dahulu yg mendatang yg d sengaja yg tidak d sengaja oleh Ku,ibubapa, keluarga Kaum kerabat, serta muslimin Muslimat yg hidup & tlh Mati khusus yg pernah d zalimi jdkan ia sbg pelebur dosa Dan Rahmat dunia & akhirat.
Hamba Allah
Semoga urusan dunia dan akhirat mereka dipermudahkan Ya Allah
Hamba Allah
Ya Allah , sesungguhnya keselamatan itu daripada Mu, Aku memohon kepada Mu umur Yang panjang Dalam redha Rahmat keampunan kemaafan keselamatan Dan kebaikan dunia Dan Akhirat untuk diriku Dan keluargaku dunia Dan Akhirat.
302 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 260.00
97 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 400.00
37 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 571.00
37 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 340.00
68 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 400.00
98 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 470.00
6 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 2,376.00
6 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,591.00
37 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 2,429.00
126 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,732.00