Kelangsungan Hidup

BANTUAN IBU TUNGGAL ANAK OKU FARAH SHAHIRAH

RM 400 dari RM 3,000.00

13.33%

68 baki hari lagi


FARAH SHAHIRAH BINTI MUSTAFA
Akaun Disahkan


Saya seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU). Saya menghadapi kesukaran kewangan yang serius kerana pendapatan saya sebagai pekerja runcit tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan harian. 



Pada masa ini, saya juga menanggung tunggakan sewa rumah melebihi tiga bulan serta bil elektrik yang telah meningkat lebih daripada RM500. Walaupun saya bekerja keras setiap hari, pendapatan yang diperoleh masih tidak mampu menampung kos kehidupan anak-anak saya.



Selain itu, saya juga perlu menanggung kos pengangkutan anak OKU saya yang mencecah kira-kira RM400 sebulan. Saya tidak menerima sebarang bantuan daripada bekas suami dan terpaksa menguruskan segala perbelanjaan keluarga seorang diri.



Keadaan ini amat membebankan saya dari segi kewangan dan emosi, namun saya tetap berusaha untuk memastikan keperluan anak-anak saya terjaga sebaik mungkin. Saya amat berharap agar ada jalan penyelesaian dan bantuan yang dapat meringankan beban hidup saya sekeluarga.




Hamba Allah

2 days ago

Semoga pemberi dan seluruh umat Nabi Muhammad dimudahkan segala urusan dunia akhirat, dicukupkan rezeki yang halal dan berkat seperti mengalirnya Air Zamzam dan mendapat kesudahkan yang baik diakhirat kelak. Amin

Hamba Allah

1 month ago

Lillahitaala je

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah ya Tuhan ku, Aku mohon dari Mu maaf&ampun atas segala salah& dosa Ku, ibubapaku, ahli keluargaku, guru guru& Muslimin Muslimat yg hidup& telah meninggal dunia yg pernah dzalimi jadiknia asbab penghapus dosa & Rahmat. Aku mohon kepada Mu mudah selamat & baik dalam agama dunia & akhirat Kami d panjangkan usia keluargaku dlm redha Rahmat ampunan Mu, juga selepas mati & dbangkit semula Rabb

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah maafkan& ampuni atas dosa& Salah yg kecil&besar,tsembunyi&nyata, yg Kurang &lebih, sengaja&tidak sengaja oleh Ku, ibubapaku keluargaku, guru guru & Muslimin Muslimat yg pernah dzalimi jadikan rahmat penghapus dosa sesungguhnya Engkau Maha pemaaf lagi Maha penyayang, ku Mohon dariMu jauhkan kami drpd ujian yg berat, takdir& Bala yg buruk serta keselamatan kebaikan dunia akhirat untuk kami.

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah maafkan Dan ampuni Aku& keluargaku dunia & akhirat, atas kesalahan & dosa yg d sengaja& tidak sengaja oleh ku,keluargaku yg Awal& akhir , dahulu& mendatang, kecil&besar, tersembunyi& nyata, sedar& tidak sedar oleh Kami, ku mohon kepada Mu, kemudahan, keselamatan&kebaikan dlm urusan agama, dunia&akhirat Kami semua, guru² & yg pernah dzalimi jadikan rahmat Dan penghapus dosa dunia akhirat

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah ya tuhan, maafkan & ampuni Aku, ibubapa & keluarga Ku yg Masih hidup & telah meninggal di dunia & akhirat kelak, panjangkan umur ibubapaku keluargaku dlm redha, Rahmat, keampunan, perlindungan pertolongan keselamatan & kebaikan dunia & akhirat juga untuk guru-guru ku serta Muslimin Muslimat yg hidup &telah pergi dahulu yg pernah d zalimi jadikan asbab penghapus dosa&Rahmat dunia &akhirat

HAMBA ALLAH YG BERDOSA

1 month ago

Ya Allah Aku Mohon maaf & ampun kepada Mu atas segala dosa&kesalahan Ku, ibubapaku, keluargaku yg dahulu& mendatang, tersembunyi& nyata, Awal & akhir, sengaja & tidak sengaja, Aku Mohon kepada Mu panjangkan umur keluarga Ku dlm redha, Rahmat, ampunan, kemudahan, kebaikan &keselamatan untuk diri & keluargaku dlm Agama dunia & akhirat Kami sblum & selepas mati & selepas d bangkit semula kelak.

SHAFIQAH ZACKROSE

1 month ago

Sedekah Al-Fatihah untuk ayahanda tercinta saya. Derma ini ditujukan juga buat ibu saya. Doakan juga agar saya dapat bertemu dengan jodoh yang terbaik buat diri saya. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan diberkati olehNya dunia akhirat. Aamiin..

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah, Aku Mohon dari Mu, sentiasa maaf & ampuni Ku,ibubapa,serta ahli keluarga & Muslimin Muslimat yg hidup & telah meninggal dunia khusus yg berjasa & yg dzalimi sbg Rahmat & penghapus dosa dunia akhirat untuk Kami semua & mendapat redha, Rahmat & ampunan Sebelum& selepas kematian Kami&selepas dbangkit semula Nt mendapat syafaat Nabi d akhirat kelak, pnjgkan umur ahli keluargaku Dlm Rahmat Mu

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah Ku mohon dari Mu, maaf&ampun atas yg Salah Kurang buruk &berlebihan dlm amalan&segala dosa yg Awal&akhir, sembunyi&nyata, sengaja&tidak sengaja,sedar&tidak sedar oleh Ku,ibubapa,keluarga, org beriman yg berjasa&khusus yg pernah dzalimi jadikan ia Rahmat & penghapus dosa dunia akhirat, Aku memohon Dari Mu panjangkan umur kmi,slps mati& slps dbangkit semula dlm redha Rahmat&ampunan Mu Rabb

  • Sep 01,2026
    RM 50.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Aug 25,2026
    Bayar bil eletrik
  • Aug 10,2026
    RM 110.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Aug 04,2026
    Byr bill eletrik
  • Jul 13,2026
    RM 80.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jul 07,2026
    Belanja harian
  • Jul 07,2026
    RM 30.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jun 29,2026
    Duit nak byr bill eletrik