Alhamdulillah ramai pihak ingin menghulurkan tangan untuk bersama Bonda dalam perjuangan kes ini. Bonda sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang ingin membantu tatkala Bonda berada dalam kesempitan.

Bonda sediakan platfom melalui sumbangan.com ini agar ramai pihak dapat bersama dengan Bonda dalam perjuangan ini.

Ayuh, kita bersatu dan lawan!

Perjuangan ini bukan hanya untuk Bonda seorang sahaja, ini juga untuk ramai wanita di luar sana yang senasib dengan Bonda. Terima kasih banyak kepada semua.