Saya tinggal di rumah anak yatim sejak lahir dan hidup sebatang kara. Umur saya sekarang 52 tahun. Saya menghidap masalah jantung dan tulang belakang serta usus sejak 2014. Saya telah kehilangan pekerjaan sebagai tukang masak pada November 2021 kerana pandemik melanda tahun lalu.


Oleh itu, saya nak memohon sedikit sumbangan kecemasan seberapa yang ikhlas dan termampu. Melalui sedekah ini bolehlah saya membuat persediaan pembedahan usus saya yang ke tiga secepat mungkin. Insyallah perbelanjaan lain akan diuruskan oleh jabatan kebajikan hospital dan zakat. Saya cuma mahu menggunakan wang tersebut untuk pembedahan ini yang sudah tertangguh sejak bulan 9 lalu kerana duit yang saya perolehi hanya cukup untuk saya menampung hidup saya sahaja.

Saya menghargai jasa semua penyumbang dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan anda semua serta diberi ganjaran yang terbesar kerana bersedekah.