Kelangsungan Hidup

SUMBANGAN BELANJA PERSEKOLAHAN DAN BARANGAN DAPUR KELUARGA SAYA

RM 452 dari RM 600.00

75.33%

36 baki hari lagi


Nur fahanun binti yahuzi
Akaun Disahkan


Saya ingin meminta jasa baik penderma untuk membantu meringankan beban saya sebagai ibu yang perlu menanggung belanjawan anak-anak semenjak bekas suami saya tidak pedulikan nafkah anak-anak.



Saya terpaksa menanggung sendiri dengan keadaan ekonomi sekarang tak mampu menampung kos bulanan dan harian. Bulan 3 adalah bulan paling sukar untuk saya kerana dua anak saya bersekolah dan barangan persekolah perlu dibeli dalam masa terdekat.



Antara yang diperlukan sekarang adalah barang persekolahan anak-anak saya seperti berikut:

1. Seragam sekolah darjah 1

2. Seragam prasekolah

3. Peralatan belajar

4. Yuran RM600 untuk 2 anak

5. Belanja dapur



Tambahan pula, persiapan menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Puasa perlu disiapkan juga. Saya meminta kepada sesiapa yang ikhlas ingin memberi sumbangan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa penderma. Amin.

Hamba Allah

6 days ago

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen.

Hamba Allah

2 weeks ago

Moga channel YouTube saya terus berjaya & adik saya mendapat pekerjaan dengan segera

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

3 weeks ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

3 weeks ago

Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.

  • Mar 20,2023
    Ingin membayar yuran dan buku latihan sekolah anak