Kelangsungan Hidup

PERMOHONAN NORHERMAN MELANGSAIKAN BIL UTILITI

RM 500 dari RM 3,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Norherman bin abdullah
Akaun Disahkan


Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya Norherman bin Abdullah, berusia 34 tahun, bekerja sebagai seorang cleaner secara kontrak dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah di S.K. Convent Butterworth dan S.K. Seri Gemilang. Saya tinggal di rumah sewa dan menanggung sepenuhnya keperluan keluarga tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.



Pada masa ini, saya menghadapi kesukaran untuk melangsaikan bil utiliti dengan jumlah tunggakan bil elektrik dan air sebanyak RM700. Jika tidak dibayar segera, bekalan elektrik dan air di rumah kami berisiko dipotong. Selain itu, saya juga perlu menanggung kos sewa rumah, perbelanjaan persekolahan anak-anak serta bayaran bulanan untuk menghantar anak ke pengasuh. Dengan pendapatan yang terhad, saya benar-benar berdepan dengan kesempitan kewangan untuk menampung semua komitmen ini.




Sehubungan itu, saya dengan penuh rendah diri memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban keluarga saya. Sekiranya saya menerima bantuan ini, saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT serta kepada insan-insan budiman yang sudi membantu. Saya juga mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan tuan/puan, mengurniakan kesihatan yang baik serta melimpahkan rezeki yang berkat.

Hamba Allah

2 months ago

Ya Allah dgn rendah hati, aku memohon keampunan mu, untuk diriku, ibubapaku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia yang pernah buat baik banyak atau sedikit dan yang pernah kami aniaya zalimi dan sakiti. aku memohon kepada mu Ya Allah, keselamatan dan kebaikan dalam agama, dunia dan akhirat kami. jauhkan kami dr perbalahan persilihan wahai Rabb ku.

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah, dgn kerendahan hati aku memohon kepada mu keampunan, rahmat serta kebaikan agama, dunia dan akhirat untuk.diriku, ibubapaku,.serta muslimin dan muslimat yg masih hidup dan telah menningal dunia yg pernah berbuat baik banyak.atau sedikit dan yg pernah kami aniaya zalimi dan sakiti. Aaamin Ya Rabbal Alamiin..

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah, dgn kerendahan hati aku memohon kepada mu keampunan, rahmat serta kebaikan agama, dunia dan akhirat untuk.diriku, ibubapaku,.serta muslimin dan muslimat yg masih hidup dan telah menningal dunia yg pernah berbuat baik banyak.atau sedikit dan yg pernah kami aniaya zalimi dan sakiti. Aaamin Ya Rabbal Alamiin..

Hamba Allah

2 months ago

Ya Allah, dengan rendah hati, aku memohon dan mengharapkan ampunan,reda, dan rahmat mu, untuk diri,ibubapa, ahli keluargku serta kaum muslimin dan muslimat yg berbuat baik banyak atau sedikit kpd kami, dan yg km aniaya zalimi dan sakiti, aku memohon kpd Mu lapangkan dadaku, tenangkan hatiku serta buka fikiranku untuk berfikiran positif selalu, kurniakan kebaikan keselamatan dunia akhirat kpd kami

Hamba Allah

2 months ago

Ya Allah, dengan rendah hati, aku memohon dan mengharapkan ampunan,reda, dan rahmat mu, untuk diri,ibubapa, ahli keluargku serta kaum muslimin dan muslimat yg berbuat baik banyak atau sedikit kpd kami, dan yg km aniaya zalimi dan sakiti, aku memohon kpd Mu lapangkan dadaku, tenangkan hatiku serta buka fikiranku untuk berfikiran positif selalu, kurniakan kebaikan keselamatan dunia akhirat kpd kami

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah .. aku memohon ampunan mu untuk diri ku, kedua ibubapa ku, serta orang orang yang ku sayang, dan yang pernah berbuat kebaikan kepada kami banyak sedikit dan yang pernah kami aniyai zalimi sakiti mereka yang masih hidup dan telah meninggal dunia.

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang berlebih-lebihan. aku memohon kepada mu kebaikan, keselamatan dunia dan akhirat.

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah aku, memohon kepada mu kemaafan dan keampunan atas segala kesalahan dan dosa ku, ibubapaku, orang2 yg d sayangi serta saudara saudara seagama ku yg pernah berbuat baik kepada kami, dan yg pernah dianiyai dizalimi, disakiti, aku memohon kepada mu kebaikan, keselamatan dan kebaikan dunia dan akhirat kami ya rabbal alamin..

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah ya rabb, aku memohon maaf dan ampun mu atas segala kesalahan dan dosa ku, kedua ibubapa ku, serta saudara ~ saudara kandung dan seagama ku, guru-guru kawan kawan, jiran dan pemimpin2 kami yang masih hidup dan telah meninggal dunia ... berikan kami kebaikan dunia dan akhirat ya rabb..

THAREEQ HAKEEM BIN SHAJDEE

2 months ago

Semoga aku dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat. Inn shaa Allah, Aamiin 🤲🏼

  • Jan 12,2026
    RM 46.73 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jan 05,2026
    Assalammualaikum semua..Sya memohon untk membuat pengeluaran duit sumbangan..terima ksh byk2 pda semua
  • Jan 05,2026
    RM 41.85 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Dec 30,2025
    Assalammualaikum semua..maafkan saya..saya mohon pengeluaran duit sumbangan untuk membeli barang persekolahan anak- anak..
  • Dec 29,2025
    RM 27.72 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Dec 23,2025

    Assalammualaikum wbt..Selamat petang..maafkn Sya byk2,Sya ingin memohon sedikit bantuan untk Sya mmbeli brg prskolhn ank2 dua org,Sya merayu dn memohon pd tuan puan..ya allah permudhknlah..

  • Dec 23,2025
    Assalammualaikum semua..maafkn Sya mohon pengeluaran sumbangan ini UNTUK membeli barang dapur..terima kasih pda semua yang telah menyumbang
  • Dec 19,2025

    Saya berdoa dn memohon kpda Allah swt kepada semoga kita smua dimurahkn rezeki,dipermudahkn segala urusan dn diberikan kesihatan yg baik dri Allah swt

  • Dec 18,2025

    Ya allah ku mohon padamu ya allah..

  • Dec 16,2025

    Assalammualaikum smua..ya allah bukakanlah pintu keberkatan kepada smua HAMBAmu..