Dengan penuh rendah hati, saya dan keluarga ingin memohon sedikit sumbangan bagi membantu kami mendapatkan deposit untuk rumah sewa baru. Pada 20/02/25, saya telah dihubungi oleh pemilik rumah sewa yang kami diami sekarang, memaklumkan bahawa anak beliau ingin tinggal di rumah tersebut.
Oleh itu, beliau meminta kami untuk keluar sebelum Hari Raya tahun ini. Keadaan ini membuatkan saya sangat buntu kerana saya hanya bekerja sambilan sebagai tukang cuci Airbnb, manakala suami bekerja sebagai penjaga kuda.

Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah di tahun 4, tahun 5, dan prasekolah. Baru sahaja kami menyelesaikan pembelian buku dan barangan sekolah anak-anak, tiba-tiba kami menerima berita bahawa perlu berpindah.
Untuk makluman, semasa kami berpindah ke rumah ini pada tahun 2014, kami telah membayar wang deposit sebanyak RM700. Namun, wang tersebut telah digunakan ketika tempoh PKP yang lalu akibat kesempitan hidup.
Saya dan keluarga amat berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan dugaan yang sedang kami hadapi. Segala sumbangan, walau sekecil mana pun, amat kami hargai. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan rezeki yang melimpah.