Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Azlizah seorang ibu tunggal yang menyara 3 orang anak yang masih bersekolah. Ini adalah jalan terakhir saya setelah pelbagai pelbagai ikhtiar yang telah saya buat dan lakukan. Sebagai ibu tunggal, saya perlu melakukan pelbagai kerja demi mencari rezeki menanggung anak anak supaya mereka tidak kelaparan.

Setelah bercerai pada 2012, saya menanggung sepenuhnya anak saya juga perbelanjaan sekolah mereka. Kini, kudrat saya sudah tidak sama seperti dulu. Ada kerja yang sudah tak mampu saya lakukan. Namun, saya berusaha untuk membuka gerai makan yang hasil jualannya cukuplah untuk saya dan keluarga makan sahaja.
Tambahan pula sebelum memulakan perniagaan, sudah ramai orang yang saya berhutang untuk dapatkan modal. Jadi hasil jualan tersebut hanya untuk membayar hutang, membeli barang kedai, membayar bil utiliti dan perbelanjaan makan kami tanpa ada lebihan pun untuk menyimpan. Begitulah hidup yang saya alami sekarang.



Keadaan kewangan saya semakin memburuk setelah pandemik melanda. Saya tak dapat buka gerai jualan jadi kami sekeluarga cuma terima ehsan dari orang ramai. Baru-baru ini, saya sekali ditimpa ujian apabila gerai jualan saya dilanda ribut hingga merosakkan segalanya. Saya sudah buntu dan berharap ada insan yang sudi membantu saya.



Semoga dengan duit sumbangan ini dapatlah saya mendapatkan balik modal untuk saya berniaga dan meringankan beban perbelanjaan saya. Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi membantu saya.