Saya seorang suami dan ayah, kini sedang diuji dengan anak yang mempunyai penyakit Rheumatoid Arthritis yang memerlukan pembedahan Total Knee Replacement yang dijadualkan pada 11 Ogos 2025.

Kos rawatan dianggarkan sebanyak RM10,000, satu jumlah yang agak besar bagi saya. Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank dengan pendapatan RM1,700 sebulan. Isteri saya tidak bekerja kerana perlu menjaga anak di rumah. Segala perbelanjaan harian termasuk keperluan rumah, makan minum, sewa, dan bayaran kereta ditanggung sepenuhnya oleh saya.

Dalam keadaan kewangan yang semakin mendesak, saya benar-benar buntu. Sewa rumah kami telah tertunggak selama dua bulan dan kami telah menerima peringatan daripada tuan rumah untuk melunaskan bayaran secepat mungkin. Saya juga terfikir untuk menjual kereta, namun itu satu-satunya pengangkutan kami untuk ke hospital atau dalam keadaan kecemasan. Keadaan menjadi lebih mencabar kerana anak saya juga perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Tiada siapa yang dapat membantu menjaga anak jika isteri saya keluar bekerja.

Dengan penuh rendah hati, saya memohon jasa baik dan ihsan anda untuk membantu meringankan beban kewangan kami dalam menghadapi saat sukar ini. Bantuan anda, walaupun sedikit, amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Saya yakin, dalam kesempitan ini, masih ada ruang harapan dan rezeki yang Allah SWT titipkan melalui kebaikan hati insan yang prihatin. Semoga segala kebaikan anda dibalas dengan keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda.
AZARUL ARIF
Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin
Hamba Allah
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan mendapat keampunan dari Allah.
AMANATULLAH DAN ALMARHUMAH MAMA
Semoga Allah bagi jalan keluar kepada encik, dan juga selesaikan masalah keluarga saya. Didoakan Palestin, Uyhgur akan merdeka dan juga pejuang Melayu Islam di tanah air yg mempertahankan agama, budaya dan tanah
AZARUL ARIF
Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin
AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI
Semoga dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan. inn shaa Allah, Aamiin 🤲🏼
AMANATULLAH
Ya Allab berilah kemenangan kepada Palestine, pejuang Islam di Uyghur, India dan di mana2. Termasuklah perjuangan mempertahankan syiar Islam dan tanah Melayu di sini yang dijual rakus oleh pemimpin kita sendiri
33 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 845.00
5 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,000.00
33 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 260.00
5 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 700.00
33 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 770.00
5 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,472.00
5 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,995.00