Assalamualaikum wbt. Nama saya Muhammad Hafizol berumur 23 tahun. Setelah ayah saya meninggal kerana penyakit kanser dalam perut, saya terus menjadi tulang belakang keluarga kerana saya merupakan anak sulung. Saya mempunyai seorang adik yang berumur 17 tahun. Kini keluarga kami cuma bertiga.

Ibu saya pula mendapat penyakit stroke dan sudah tidak bekerja. Sebelum ini saya pernah bekerja menjadi pengawal keselamatan. Namun, saya ditipu majikan dengan dibuang kerja tanpa sebarang notis dan juga tidak dibayar gaji.

Saya sudah buntu memikirkan cara untuk meneruskan hidup. Ibu saya seringkali meminjam dengan jiran untuk perbelanjaan makan kami. Bil air dan api di rumah juga sudah diberi amaran untuk dipotong. Saya sedang mencuba mencari kerja tapi tidak ada rezeki lagi buat masa sekarang.

Saya faham setiap orang mempunyai ujian berbeza di dunia ini dan inilah ujian buat saya. Saya berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga saya dan doakan saya untuk segera mendapat kerja.