Assalammualaikum wbt. Saya ibu tunggal baru bercerai dan mempunyai 4 orang anak yang berusia 8 tahun, 6 tahun, 2 tahun dan paling kecil 7 bulan. Disini saya ingin memohon bantuan untuk keperluan anak-anak dan ingin mencari duit deposit rumah.

Keadaan saya kini sedang menumpang rumah rakan dan saya tidak tahu sampai bila saya akan diberi tumpang. Saya penerima bantuan zakat bulanan jika saya ada rumah sewa pihak zakat akan membantu untuk saya membayar sewa rumah pada tiap bulan. Cuma buat masa ini saya hanya perlu mencari deposit rumah sendiri untuk saya mulakan hidup baru.

Saya juga akan menerima bantuan JKM buat anak-anak saya. Pihak JKM akan meneruskan proses bantuan jika saya mendapat rumah sewa alamat tetap agar mereka boleh datang melawat saya dan anak-anak. Perancangan hidup saya selepas ini adalah saya mahu mula berniaga atau membuat kerja sambilan agar dapat mencari pendapatan tiap hari untuk perbelanjaan makan saya dan anak-anak. Semoga ada rezeki saya dan anak-anak disini.

Saya mendoakan para penyumbang dimurahkan rezeki serta diberi balasan kebaikan anda di dunia dan akhirat. Amin.