Saya berumur 60 tahun dan telah diserang strok sebanyak dua kali. Serangan pertama berlaku pada tahun 2022 akibat pendarahan di otak, manakala serangan kedua pada tahun 2024 disebabkan saluran darah di otak tersumbat. Akibat keadaan kesihatan ini, saya telah kehilangan pekerjaan pada tahun 2024 dan kini memerlukan rawatan perubatan secara intensif untuk memulihkan kesihatan serta keupayaan diri.

Buat masa ini, saya perlu menjalani rawatan suntikan sebanyak 14 kali dengan kos RM1,350, selain kos perjalanan ke klinik sebanyak RM20 setiap kali bagi menampung minyak kenderaan. Saya hanya menerima pencen ILAT sebanyak RM600 sebulan. Namun begitu, sebahagian besar wang pencen tersebut terpaksa digunakan untuk membayar komitmen ansuran barangan keperluan rumah yang diambil sebelum ini, dengan bayaran RM550 sebulan sehingga tahun 2027, menyebabkan kewangan saya amat terhad.


Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon sumbangan bagi membantu menampung kos rawatan supaya saya dapat kembali sihat dan berusaha mencari pekerjaan demi menyara kehidupan. Segala bantuan dan sumbangan yang dihulurkan amat saya hargai. Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan dengan melipatgandakan rezeki serta diberkati dunia dan akhirat.
Hamba Allah
saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnn
MUHAMMAD ASYRAF AZLIN SHAH
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Diampunikan dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin
Hamba Allah
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Mohon doakan saya selamat melahirkan anak yang soleh, sihat, sempurna dan diberkati Allah SWT.
Hamba Allah
Ya Allah ya ghaffur, aku memohon kepada Mu, kebaikan serta keselamatan , redha Dan rahmat Mu untuk diriku, ibubapaku, serta Umat Nabi Muhammad Dunia Dan akhirat.
Hamba Allah
saya doa kan agar diberikan kesembuhan amin
HAMBA ALLAH DAN BERDOSA
Ya Allah, aku memohon kepada Mu perlindungan selalu, djauhkan aku Dari perkara - perkara yg buruk. Keselamatan Dan kebaikan Dunia Dan akhirat.
Hamba Allah
Ya Allah ya Tuhan ku, penguasa langit Dan bumi, yang maha pemaaf lg maha belas kasihan, aku memohon Maaf Dan ampunan engkau atas segala dosa kami umat Nabi Muhammad, aku mohon perlindungan keselamatan Dan kebaikan Dunia akhirat aldan Agama kami. Redhai Dan rahmati lah aku, ibubapaku, muslimin Dan muslimat serta org2 yg pernah d dzalimi Dan d sakiti.
RAZLEN DAHLAN
Doakn Kesihatan dan kesembuhan bagi.penyakit kami
MD KAMAL
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN KITA DAN MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT KITA
Hamba Allah
Yaa Allah ya tuhan ku, yang maha pengampun lg maha penyayang, ampuni dan maafkan lah kesalahan dan dosaku, ibubapaku serta muslimin dan muslimat yang masih hidup dn telah meninggal dunia yg pernah dianaiya dizalimi dan disakiti. Maafkan lah kami ketika hari penghisaban kelak. Kami memohon kpd mu keselamatan dan kebaikan dunia akhirat wahai Rabb.
Telah di gunak untuk
1.. Berurut saraf RM 150
2. Acupunture RM150
3. Berbekam RM 200
Terima kasih pada penyumbang semuga allah membLas jasa anda dengan megurnisksn rezeki berlimpah pada anda semua
Salam jumaat buat semua. Semuga sumbangan anda di hari jumaat yang penuh berkah, jumaat penghulu segala hari dan di bulan syaaban yg di kenali bulan Allah, segala sumbangan anda ini akan di berikan ganjaran oleh Allah. Saya perlukan 2000 lg untuk mencapai target kutipan. Semuga Allah membalas jasa baik anda di hari jumaat di bulan syaaban ini.
" Ya Allah aku mohon dikau gantilah wang penyumbang yang disumbangnya untuk membantu aku pulih bagi memboleh diriku menunaikan solat dgn sempurna. Aku mohon KAU kurniakan rezeki yg berlipat ganda pada mereka. Ya Allah kalbukan permintaan ku ini. Aminn rabialamin..".
Semuga tuan tuan di rahmati allah dan mganti sedekah tuan2 berlipat ganda. Sedekah pada hari jumaat dibulan syaaban besar ganjaran dari Allah swt. Semuga mencapai sasaran yang di perlu di bulan syaaban ini
278 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 375.00
73 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 505.00
13 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 586.00
13 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 460.00
44 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 450.00
74 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 560.00
43 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 2,400.00
43 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,700.00
13 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 2,510.00
102 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,760.00