Saya Noordiana Binti Shaidon, ibu kepada Muhammad Adha Mikhael yang berusia 2 bulan. Anak saya disahkan menghidap penyakit peparu kronik chylothorex, jantung berlubang dan juga injap jantung yg sempit.



Di atas nasihat doktor, baby Adha hanya boleh menyusu dgn susu khas portagen yang di import khas dari USA, berharga RM150 satu tin 400gram sahaja. 1 tin mampu bertahan 3 hari penyusuan. Saya tidak dapat bekerja kerana menjaga anak saya. Bapanya pula bekerja dengan gaji RM50 sehari sebagai tukang potong kayu. Jumlah tersebut tidak mampu menampung susu yang mesti dibeli serta perbelanjaan kami sekeluarga.

Kami kurang berkemampuan untuk membeli susu baby. Oleh itu, kami meminta keprihatinan dan bantuan orang ramai untuk membantu kami membeli susu khas ini. Andainya jika susu ini habis baby Adha perlu berpuasa dan menyusu di hospital kerana pihak hospital tidak membenarkan susu dibawa balik. Ia hanya boleh menyusu di wad sahaja.


Segala jasa baik anda semua tidak mampu saya balas. Hanya ucapan ribuan terima kasih sahaja buat insan-insan yang baik hati membantu saya. Semoga Allah mengangkat setinggi-tinggi darjat kepada semua yang bersedekah. Amin.