Saya Shafikah anak kepada pesakit strok, Nurhidayah Jupilin. Mama saya telah mengalami strok sebelah badan dan tidak dapat bergerak. Mama satu-satunya tempat kami bergantung dan dia juga merupakan ibu tunggal. Apabila mama jatuh sakit, dia tidak dapat bercakap dan bergerak, apalah erti hidup kami, ya Allah.
Andai kami berkerjaya dan mempunyai gaji yang besar, sudah tentu kami mampu bawa mama ke tempat rawatan yang bagus. Namun, beli kerusi strok untuk kesenangan mama sahaja tidak dapat kami penuhi.

Mama tidur di lantai beralaskan tilam tanpa katil. Kami terpaksa berjualan untuk meneruskan kehidupan kami. Hasil jualan itu juga untuk membeli pampers dan makanan mama setiap hari. Selama ini mama bekerja dan menyara keluarga. Apabila mama sakit, kami tidak mampu berbuat apa-apa untuk kesembuhannya.


Di sini, tujuan saya adalah untuk memohon sedikit sumbangan bagi membawa mama terapi ke tempat yang lebih baik. Sekarang, saya juga sedang mengumpul duit untuk terapi mama, andai ada yang sudi bantu kami. Kami perlu bawa mama terapi kerana setiap hari dia berputus asa dengan hidupnya.

Kadang-kadang kami terpaksa mengikat perut untuk perbelanjaan mama. Ini sahaja cara yang kami ada selain berdoa untuk kesembuhan mama.