Saya Erni Idzawaty, seorang balu kematian suami lebih 5 tahun lalu. Buat masa ini, saya cuma bekerja sendiri saja dengan meniaga kecil-kecil daripada rumah dengan menjual makanan. Saya pernah membuat pembedahan menukar injap jantung yang sudah rosak pada tahun 2010 yang lalu di IJN. Sehingga hari ini, saya masih meneruskan rawatan susulan di IJN dan Hospital Selayang.
Namun, pada awal tahun ini, saya sekali lagi terkena serangan jantung dan dimasukkan ke hospital pada bulan Januari sehingga Februari 2022 di wad jantung Hospital Selayang. Jantung saya kembali bermasalah dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan injap jantung. Kini, saya tidak boleh dan tidak mampu untuk bekerja akibat masalah kesihatan yang dihadapi.
Buat masa ini, saya memang tidak mampu untuk bekerja akibat masalah kesihatan ini. Saya mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah menengah untuk disara. Sejak sakit, saya tidak lagi boleh melakukan pekerjaan yang berat kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada jantung saya.
Saya sangat berharap agar orang awam sudi untuk menghulurkan sumbangan ikhlas agar saya dapat menjalani rawatan susulan kepada pembedahan jantung yang akan datang.
Sumbangan anda semua akan digunakan seperti berikut:
1. Kos pengangkutan ke hospital:
RM50 x 8 kali sebulan = RM400
2. Kos Ubat:
RM500 x 4 bulan = RM2000
3.Kos ujian darah :
RM600
Saya memohon agar para penyumbang dapat mendoakan kesihatan saya apabila selesai pembedahan nanti supaya anak-anak dapat dibesarkan dengan sempurna. InsyaAllah.
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka, berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)]
Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Ya ALLAH kesihani lah kami "maha suci Allah"
AZARUL ARIF
Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin
Hamba Allah
Ya Allah redhailah kami, pertemukanlah kami dengan penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami ahli keluarga kami serta seluruh umat islam. Baikilah Silaturrahim kami. Amin
AINI ANUAR
Doa buat diri ku Aini Anuar memohan Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Aamiin YRA
Hamba Allah
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.
Hamba Allah
Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan
Hamba Allah
Semoga Allah berikan kesembuhan dan kesihatan yang baik kepada puan dan juga saya.
NOR AMIRAH BINTI AHMAD
Doakan kesembuhan buat saya dan dipermudahkan urusan . Doakan saya dapat kembali sihat. Inshallah amin.
Hamba Allah
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri.
Hamba Allah
Ya Allah makbulkan hajat2 kami, lindungi kami dalam redha mu, kesihatan kami yg berpanjangan, umur yg berkat.
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 351.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 416.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 510.00
37 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 461.00
132 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 310.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 360.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 555.00
55 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,020.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 598.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,470.00