Saya, Nor Atiqah dari Kota Tinggi seorang suri rumah dan suami saya kerja kilang. Pendapatan suami saya adalah RM1,400 sebulan. Kami ada dua orang anak berusia 11 tahun dan 8 bulan. Anak saya dari lahir ada tiroid. Jadi kena pantau dengan pakar HSI.
Dari lahir juga sering masuk hospital sebab nafas laju, kemungkinan semput. Kami kekurangan dana kerana gaji habis dibayar untuk komitmen yang ada seperti rumah, moto, dan lain-lain.

Saya ingin memohon bantuan untuk susu anak saya. Saya baru nak tukar susu kerana susu sekarang dia minum sering muntah dan kembung. Doktor hanya beritahu untuk saya ikhtiar pakai ubat di farmasi mengelakkan anak sakit dan masuk wad saja.

Saya harap ada pihak yang boleh bantu meringankan beban kami sekeluarga. Semoga anak saya juga boleh pulih dengan lebih baik.