Kami sekeluarga sedang melalui ujian yang amat berat. Anak kami kini sedang dirawat di hospital akibat kemalangan yang berlaku di sekolah. Sepanjang menjaga anak di hospital, kami tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan kerana seluruh tumpuan diberikan untuk memastikan anak kami menerima rawatan yang terbaik. Dalam masa yang sama, kami juga menghadapi kekangan kewangan yang serius untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan, keperluan asas, dan kos perjalanan ke hospital.


Ujian menjadi lebih berat apabila suami saya turut mengalami kemalangan tidak lama sebelum kejadian yang menimpa anak kami. Akibatnya, suami saya mengalami patah kaki dan kini memerlukan pembedahan segera bagi memasukkan besi ke dalam tulang, yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM4,000. Namun begitu, dengan keadaan kewangan kami yang sangat sempit, kami benar-benar buntu dan tidak tahu ke mana lagi harus kami meminta pertolongan.

Dengan rendah hati, kami memohon ihsan dan sumbangan daripada orang ramai yang prihatin. Setiap ringgit yang disumbangkan amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang tuan/puan hulurkan. Doa kami agar sesiapa yang membantu dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati, serta dikurniakan kesihatan dan ketenangan hidup. Amin.
Hamba Allah
Ya Allah, moga sembuh sakit anaknya
Hamba Allah
semoga Dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan pintu rezeki kita semua
Hamba Allah
Semoga Allah permudahkan urusan perubatan n kesembohan utk adik. Semoga keluarga ni sntiasa dlm rahmat Allah selalu n bertabah dgn dugaan Nya. Stay strong.
Hamba Allah
Semoga Allah luaskan rezeki anak n keluarga ini n Allah beri kesembohan utk adik ni
Hamba Allah
semoga anak lelaki Pn Norhasnah cepat sihat walafiat ya.semoga rezeki saya sentiasa melimpah ruah seperti air yang sentiasa mengalir tanpa henti supaya boleh membantu lagi insan2 yang memerlukan...aamiin Ya Mujib
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
NURUL ASHIKIN BINTI ZULKIFLI
Semoga dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan. inn shaa Allah, Aamiin 🤲🏼
UMM RAFA
O Allah, accept the dua of the person asking. Multiply the barakah in our lives and grant us all good ending. May You be pleased with us O Allah.
UMM RAFA
My Lord, I pray for this family to be granted ease. I pray the son and the father would be healed. I pray for the mother's strength. O Allah You know the content of their hearts. Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bil khayr. Amin.
THAREEQ HAKEEM BIN SHAJDEE
Semoga Thareeq Hakeem dan Nurul Ashikin sihat dan bahagia selalu. inn shaa Allah, Aamiin 🤲🏼
kempen selesai.ank dh sembuh septi sediakala.kempen ini amat memuaskan ht.semoga dimurahkn rezeki.
86 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 465.00
23 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,144.00
23 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 405.00
23 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,014.00
53 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 974.00
23 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,634.00