Buat pengetahuan semua, ayah saya menghidap kanser leher tahap 4. Sekarang ini, kanser sudah merebak ke tulang belakang ayah saya. Ayah saya sudah tidak dapat berjalan. Saya mohon bantuan anda untuk membeli kerusi roda serta beberapa kelengkapan harian untuk ayah saya.


Antara kelengkapan harian yang diperlukan adalah seperti susu pampers serta pembayaran kos rawatan radiotherapy dan fisiotherapy untuk ayah saya yang sedang lumpuh. Sebelum ini saya tidak bekerja kerana melanjutkan pelajaran di PERKIM Kelantan. Adik-beradik saya pula berjauhan dan tidak datang membantu saya.

Ayah saya terkena kanser leher tahap 4 dan sekarang ini saya sedang menjaga ayah saya di Hospital Likas Sabah untuk rawatan radiotherapy dan setiap rawatan ini memerlukan kos RM12 dan perlu dilakukan 5 kali sehari. Ayah saya juga sukar untuk telan menelan makanan. Oleh itu, saya memohon sangat-sangat bantuan.