Perubatan

MEMOHON DANA PERUBATAN BABY AMSYAR LAHIR TANPA LUBANG DUBUR

RM 1,785 dari RM 3,000.00

59.5%

54 baki hari lagi


Siti rohayu binti saidon
Akaun Disahkan


Assalamualaikum wbt. Saya ibu kepada Baby Amsyar. Buat pengetahuan semua, Baby Amsyar lahir secara caesar kerana saya mempunyai masalah kesihatan. Anak saya disahkan tidak mempunyai lubang dubur oleh doktor yang menyambut kelahirannya di HSI Johor pada malam pertama baby Amsyar dilahirkan.



Baby Amsyar telah dipindahkan ke HSA Johor ini kerana hanya di HSA sahaja yg mempunyai pakar dalam kes ini. Pada hari kedua Baby Amsyar telah membuat pembedahan kecil di perut dengan mengeluarkan usus(stoma) salur najis sementara.



Sekarang Baby Amsyar masih menerima rawatan susulan dengan pakar HSA bagi memantau keadaan usus (stoma) Amsyar. Dalam masa terdekat Baby Amsyar akan membuat pembedahan lubang dubur dan memerlukan kos untuk pembedahan ini. Selain itu, saya juga memerlukan kos tambang pergi balik ke hospital ini kerana saya tidak mempunyai kereta.



Sy memerlukan peralatan cuci usus (stoma) seperti gauze swab, sterile water, sudocrem, plaster dan kapas bulat. Setiap peralatan cuci memerlukan kos sebanyak RM100 setiap minggu. Ini tak termasuk susu dan pampers juga yang perlu ditambah setiap minggu. Suami saya hanya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM80 sehari. Saya juga mempunyai dua orang anak. Seorang OKU 10 tahun dan yang kedua berumur 3 tahun. Saya pulak hanya seorang suri rumahtangga.

TANG WAI KUAN

23 hours ago

Wish baby stay strong and recover soon

TANG WAI KUAN

23 hours ago

Wish baby stay strong and recover soon

Hamba Allah

1 day ago

Semoga dipermudahkan urusan & cepat sembuh

Hamba Allah

2 days ago

O Allah, may this child recover and may you grant him and his parents Jannah.

RIDZUAN BIN KHALID

3 days ago

Sumbangan atas nama ibu (SAPIAH BINTI ARSHAD) dan arwah bapa (KHALID BIN MAAROP)

Hamba Allah

3 days ago

Moga dipermudahkan urusan

ASHRAF SHARIFUDDIN

3 days ago

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan perubatan baby Amsyar ini dan sembuhkanlah beliaj serta merta supaya Amsyar dapat membesar seperti bayi normal dan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya, seterusnya kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah kami semua kesihatan yg sempurna dan baik untuk kami terus berbakti kepadamu ya Allah. Amin3

Hamba Allah

4 days ago

Ya Allah permudahkan segala urusan adik amsyar dan keluarga keseluruhannya, kurniakan kesembuhan buat adik Amsyar tanpa ada kemudaratan selepasnya...Aamiin..

Hamba Allah

4 days ago

Semoga Allah permudahkan urusan rawatan.

HASLINA

4 days ago

Moga sumbangan ni dpt bantu serba skit baby amsyar

  • May 29,2023
    RM 924.39 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • May 22,2023
    Utk membeli brg cuci stoma utk stock 2 minggu.seperti kapas bulat,swab gauze,sudocrem,dll.juga ingin membeli susu pampers serta sedikit barangan dapur.saya juga ingin membeli kipas angin kerana kipas