Kelangsungan Hidup

ZAIDIL MOHON BANTUAN UNTUK BERTEDUH

RM 535 dari RM 450.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Mohammad Zaidil Bin Samsuddin
Akaun Disahkan


Kami merupakan sepasang suami isteri yang mencari rezeki dengan berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan. Pendapatan harian yang diperoleh hanya cukup untuk menampung keperluan asas keluarga.



Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kami tidak mampu untuk menyewa sebuah rumah, apatah lagi menyediakan wang pendahuluan yang tinggi. Oleh itu, kami memohon bantuan bagi menampung deposit sewaan bilik sebagai tempat tinggal sementara.



Anak-anak kami masih bersekolah dan amat memerlukan persekitaran yang selamat serta stabil untuk membesar dan menuntut ilmu. Bagi kami, yang paling penting adalah menyediakan tempat berteduh yang selesa untuk anak-anak dan lokasi yang memudahkan mereka ke sekolah.



Inilah kemampuan kami setakat ini, dan kami amat berharap agar bantuan yang dipohon dapat meringankan beban serta memberi sinar harapan kepada keluarga kecil kami.

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah, dengan rendah hati aku memohon kemaafan, keampunan, rahmat, redha, kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat, aku memohon pertolongan mu Ya Allah.

Hamba Allah

1 month ago

Ya Allah redhai, rahmati, ampuni dan berikan keselamatan dunia dan akhirat untuk diriku, ibubapaku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Maafkan kami ketika hari hisab kelak.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga urusan dunia dan akhirat mereka dipermudahkan Ya Allah

Hamba Allah

1 month ago

ya Allah aku memohon redha rahmat kebaikan dan keselamatan dan keampunan dunia dan akhirat untuk diriku, ibubapa, serta kaum muslimin dn muslimat.

  • Feb 03,2026
    RM 516.50 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jan 25,2026
    Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.