Dengan penuh rendah diri dan kesedaran atas segala kekhilafan, saya ingin memohon sedikit ruang daripada Tuan/Puan yang dihormati untuk saya berkongsi cabaran hidup yang sedang saya hadapi. Izinkan saya menerangkan situasi saya dengan lebih lanjut.
Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon jasa baik Tuan/Puan sekiranya dapat membantu saya sedikit sebanyak bagi menyelesaikan bayaran sewa rumah serta bil utiliti yang tertunggak sejak bulan April 2025.

Sejak saya menetap di kediaman ini dua tahun lalu bersama tiga orang penghuni lain, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah bayaran tertunggak. Namun, pada bulan Mac 2025, salah seorang rakan serumah telah berpindah keluar selepas berkahwin. Kini saya tinggal bersama sepupu lelaki saya yang memegang kad OKU (masalah mental). Oleh kerana beliau tidak bekerja, segala perbelanjaan isi rumah ditanggung sepenuhnya oleh saya.
Segala urusan masih berjalan lancar sehingga ibu saya kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2025, iaitu pada hari ketiga Aidilfitri. Pemergian beliau memberi kesan yang amat mendalam kepada saya. Saya kini yatim piatu selepas kehilangan ayah pada tahun 2021 akibat jangkitan COVID-19. Sejak itu, saya mula kehilangan arah dan semangat, manakala tekanan di tempat kerja menambah lagi beban emosi dan kewangan saya.

Disebabkan keadaan tersebut, saya telah terlepas membuat bayaran sewa rumah bagi bulan April dan mula menghadapi kesempitan hidup. Dalam keadaan terdesak, saya melakukan kesilapan besar dengan membuat pinjaman secara dalam talian daripada Ah Long bagi menampung bayaran tertunggak tersebut. Pinjaman berjumlah RM1,000 itu kemudiannya meningkat kepada RM5,000 selepas saya gagal melunaskan bayaran dalam tempoh 15 hari.
Alhamdulillah, dengan pelbagai usaha, saya akhirnya berjaya menyelesaikan hutang tersebut. Namun begitu, jumlah tunggakan sewa rumah terus meningkat dan saya kini telah menerima notis untuk mengosongkan rumah pada hujung November 2025 sekiranya bayaran tertunggak tidak dilunaskan.


Dengan pendapatan saya sekarang, saya mampu menguruskan perbelanjaan isi rumah serta bayaran sewa bulanan semasa. Namun begitu, saya masih belum berupaya untuk menyelesaikan tunggakan terdahulu.
Sehubungan itu, saya dengan penuh harapan dan keinsafan memohon bantuan ikhlas daripada Tuan/Puan yang budiman agar saya dapat melangsaikan tunggakan bayaran tersebut. Semoga dengan pertolongan ini, urusan hidup saya akan kembali stabil dan saya tidak lagi dibebani dengan sebarang tuntutan bayaran tertunggak selepas ini.
Hamba Allah
Ya Allah, dengan rendah hati, aku memohon dan mengharapkan ampunan,reda, dan rahmat mu, untuk diri,ibubapa, ahli keluargku serta kaum muslimin dan muslimat yg berbuat baik banyak atau sedikit kpd kami, dan yg km aniaya zalimi dan sakiti, aku memohon kpd Mu lapangkan dadaku, tenangkan hatiku serta buka fikiranku untuk berfikiran positif selalu, kurniakan kebaikan keselamatan dunia akhirat kpd kami
Hamba Allah
Ya Allah, dengan rendah hati, aku memohon dan mengharapkan ampunan,reda, dan rahmat mu, untuk diri,ibubapa, ahli keluargku serta kaum muslimin dan muslimat yg berbuat baik banyak atau sedikit kpd kami, dan yg km aniaya zalimi dan sakiti, aku memohon kpd Mu lapangkan dadaku, tenangkan hatiku serta buka fikiranku untuk berfikiran positif selalu, kurniakan kebaikan keselamatan dunia akhirat kpd kami
Hamba Allah
ya Allah, ampuni dosa-dosa dan perbuatan yang berlebih-lebihan ku, ibubapaku serta kamu muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia, yang berbuat baik kpd kami dan yg kami aniyai zalimi sakiti, berikan hidayah dan petunjuk kepada kami yg masih hidup ini dan Engkau rahmati, ampuni, terangi dan luaskan lah kubur saudara keluarga kami yg telah meninggal dunia. Aamiin..
Hamba Allah
ya Allah, aku memohon kepada mu keampunan, keselamatan dan kebaikan dalam agama dunia dan akhirat untuk diriku , ibubapaku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal.dunia yang pernah berbuat baik kepada kami dan yang pernah kami.aniaya zalimi dan sakiti. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
Hamba Allah
Ya Allah aku memohon ampun dan maaf kepada mu atas segala dosa-dosa ku, kedua ibubapa ku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia yang pernah berbuat baik kepada kami banyak atau sedikit, dan yang pernah dianiaya dizalimi disakiti. ya Allah tuhan sekalian Alam, panjangkan umur kami dalam rahmat mu, dan matikan kami juga dalam keampunan dan rahmat dan ampunan mu.
Hamba Allah
ya Allah .. aku memohon ampunan mu untuk diri ku, kedua ibubapa ku, serta orang orang yang ku sayang, dan yang pernah berbuat kebaikan kepada kami banyak sedikit dan yang pernah kami aniyai zalimi sakiti mereka yang masih hidup dan telah meninggal dunia.
Hamba Allah
ya Allah, aku memohon ampun dan maaf atas dosa-dosa dan kesalahan ku, kedua ibubapa ku, serta saudara saudara kandung seagama ku yang masih hidup dan telah meninggal dunia, yg pernah berbuat baik banyak atau sedikit dan yg pernah dianiyai dizalimi dan disakiti.
Hamba Allah
ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang berlebih-lebihan. aku memohon kepada mu kebaikan, keselamatan dunia dan akhirat.
Hamba Allah
Ya Allah, ampuni segala dosa kami, perbuatan kami yg berlebih-lebihan dan berikan kepada kami keselamatan dan kebaikan dalam agama dunia dan akhirat kami.
Hamba Allah
ya Allah aku, memohon kepada mu kemaafan dan keampunan atas segala kesalahan dan dosa ku, ibubapaku, orang2 yg d sayangi serta saudara saudara seagama ku yg pernah berbuat baik kepada kami, dan yg pernah dianiyai dizalimi, disakiti, aku memohon kepada mu kebaikan, keselamatan dan kebaikan dunia dan akhirat kami ya rabbal alamin..
90 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 435.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,082.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 400.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 989.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,619.00