Saya tinggal bersama isteri, anak, dan ibu saya yang sudah uzur. Ibu saya tidak dapat berjalan kerana kakinya telah dipotong. Baru-baru ini, rumah kami mengalami kerosakan teruk apabila bumbung habis bocor akibat ribut dan pokok tumbang menimpa bumbung.

Saya telah cuba memohon bantuan melalui ketua kampung, namun tidak berjaya kerana rumah kami dibina di atas tanah wakaf dan tiada geran.

Saya amat berharap jika ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk membaiki atau menukar bumbung rumah kami. Buat masa ini, saya seorang sahaja yang bekerja dan pendapatan tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikian.


Saya benar-benar buntu dan tidak tahu ke mana lagi hendak meminta pertolongan. Segala sumbangan dan keprihatinan tuan/puan amat saya hargai. Semoga Allah membalas dengan ganjaran dan rezeki yang berlipat ganda.
Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
ya Allah, aku memohon kepada mu keampunan, keselamatan dan kebaikan dalam agama dunia dan akhirat untuk diriku , ibubapaku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal.dunia yang pernah berbuat baik kepada kami dan yang pernah kami.aniaya zalimi dan sakiti. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..
Hamba Allah
Ya Allah aku memohon ampun dan maaf kepada mu atas segala dosa-dosa ku, kedua ibubapa ku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia yang pernah berbuat baik kepada kami banyak atau sedikit, dan yang pernah dianiaya dizalimi disakiti. ya Allah tuhan sekalian Alam, panjangkan umur kami dalam rahmat mu, dan matikan kami juga dalam keampunan dan rahmat dan ampunan mu.
Hamba Allah
Ya Allah engkau permudahkan segala urusan keluarga ni. Ya Allah, ampuni segala dosa dosa ku, dosa dosa kedua ibubapa ku, adik keradik ku, saudara saudara kandung seagama ku, yang masih hidup dan telah meninggal dunia yang berbuat baik banyak atau sedikit kepada kami, serta orang yang pernah kami aniyai zalimi dan sakiti
Hamba Allah
ya Allah aku memohon maaf dan ampun untuk kesalahan ku, kedua ibubapa ku, serta kaum muslimin dan muslimat yng masih hidup dan telah meninggal dunia yg pernah diniyai dizalimi dan di sakiti dan yg pernah berbuat kebaikan kepada kami banyak atau sedikit.
Hamba Allah
Ya Allah, ampuni segala dosa kami, perbuatan kami yg berlebih-lebihan dan berikan kepada kami keselamatan dan kebaikan dalam agama dunia dan akhirat kami.
Hamba Allah
ya Allah ya rabb, aku memohon maaf dan ampun mu atas segala kesalahan dan dosa ku, kedua ibubapa ku, serta saudara ~ saudara kandung dan seagama ku, guru-guru kawan kawan, jiran dan pemimpin2 kami yang masih hidup dan telah meninggal dunia ... berikan kami kebaikan dunia dan akhirat ya rabb..
Hamba Allah
Ya Allah, aku memohon kepada mu kemaafan atas setiap perbuatan ku yang melampaui batas, aku memohon keampunan dan keselamatan serta kebaikan dunia dan akhirat untuk diriku, ibubapaku, serta muslimin dan muslimat yang pernah berbuat.baik.kepada kami dan yang pernah di aniaya dizalimi disakiti. Allahumma Solli Alaa Muhammad.. Aamin ya Rabbal Alaamin..
Hamba Allah
Ya Allah permudahkan segala urusan orang memerlukan bantuan.ini. aku memohon kepada mu kebaikan dunia dan akhirat, maafkan kesalahan ku yg melampaui batas dan segala dosa dosa ku, dosa dosa ibubapa ku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia. aku sentiasa memohon perlidungan dan keselamatan dunia dan akhirat untuk diriku, keluargaku, serta muslimin dan muslimat.
Hamba Allah
semoga dengan sedikit sumbagan ini dapat meringankan beban encik jefrey sekeluarga amin.
Hamba Allah
semoga dengan sedikit sumbangan ni dapat membantu beban yang dihadapi oleh encik jefrey dan sekeluarga..amin..
90 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 435.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,082.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 400.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 989.00
27 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,619.00