Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan disini. Saya OKU penglihatan dan buta sebelah mata (kiri). Ia menjejaskan juga mata di sebelah kanan kerana saraf. Saya tidak mampu membawa kenderaan.

Saya pernah bekerja tetapi diberhentikan kerana kerja saya mempunyai risiko yang tinggi dan melibatkan mesin. Saya ingin mencari modal bagi membolehkan isteri saya menjual nasi kukus ayam berempah dan saya boleh menolongnya. Berniaga adalah jalan terbaik bagi saya dan keluarga kerana kami pernah ada pengalaman menolong ahli keluarga lain.


Saya mempunyai 5 orang anak dan yang paling kecil berusia 6 bulan. Saya juga tinggal di perumahan PPR dimana sudah lama kami tidak mampu membayar sewa. Saya ingin berniaga untuk memboleh kan saya menyara kehidupan kami anak beranak serta menjelaskan segala hutang tertunggak.