Kelangsungan Hidup

KELANGSUNGAN HIDUP IBU AYAH NOOR AZURA

RM 715 dari RM 3,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Noor azura
Akaun Disahkan


Assalamualaikum wbt. Saya merupakan anak kandung kepada pemohon dan dengan rendah hati ingin memohon sedikit sumbangan bagi membantu keperluan kewangan ibu tiri dan bapa saya. Mereka kini menghadapi kesulitan untuk melunaskan tunggakan bil utiliti seperti elektrik dan air, serta keperluan asas dapur. Mereka tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM500 sebulan, tidak termasuk kos utiliti.



Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, manakala ayah tidak dapat bekerja kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu. Beliau menghidap penyakit kencing manis dan kerap perlu berulang-alik ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Setiap kali rawatan, mereka terpaksa menaiki perkhidmatan Grab yang menelan belanja sekitar RM40 untuk satu perjalanan pergi dan balik.



Saya sendiri tidak mampu untuk membantu sepenuhnya kerana suami hanya bekerja dengan pendapatan sekitar RM300 seminggu. Sementara, kami mempunyai empat orang anak yang masih kecil untuk ditanggung.



Justeru itu, saya merayu kepada para dermawan agar dapat membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban keluarga kami. Segala bantuan yang dihulurkan, walau sekecil mana pun, amat kami hargai dan semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan sebaik-baik ganjaran. Amin.

AZARUL ARIF

2 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

2 months ago

ya Allah, ampuni dosa-dosa dan perbuatan yang berlebih-lebihan ku, ibubapaku serta kamu muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia, yang berbuat baik kpd kami dan yg kami aniyai zalimi sakiti, berikan hidayah dan petunjuk kepada kami yg masih hidup ini dan Engkau rahmati, ampuni, terangi dan luaskan lah kubur saudara keluarga kami yg telah meninggal dunia. Aamiin..

Hamba Allah

2 months ago

Ya Allah aku memohon ampun dan maaf kepada mu atas segala dosa-dosa ku, kedua ibubapa ku, serta kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan telah meninggal dunia yang pernah berbuat baik kepada kami banyak atau sedikit, dan yang pernah dianiaya dizalimi disakiti. ya Allah tuhan sekalian Alam, panjangkan umur kami dalam rahmat mu, dan matikan kami juga dalam keampunan dan rahmat dan ampunan mu.

THAREEQ HAKEEM BIN SHAJDEE

2 months ago

1. Semoga Thareeq Hakeem Bin Shajdee dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat. 2. Semoga Thareeq Hakeem Bin Shajdee sihat seperti sedia kala dan bebas dari kanser. Inn shaa Allah, Aamiin 🤲🏼

Hamba Allah

3 months ago

Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka memerlukan bantuan, ampuni segala dosa-dosa kami, ibubapa kami, keluarga kami, saudara-saudara seagama kami, yang pernah dizalimi disakiti, yang masih hidup dan telah mati, redhai, rahmati, ampuni kami dunia dan akhirat. aku memohon kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat

AZARUL ARIF

3 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

5 months ago

Doakan saya dan suami selamat dari bahaya dan malapetaka,tidak terpisah,bahagia,murah rezki,dpermudahkan sgala urusan,dikurniakan pekerjaan yg halal,diteguhkan iman,tidak tinggal solat dan sentiasa mengingati Allah

Hamba Allah

6 months ago

Ya Allah permudahkan urusan keluarga ini dunia Dan akhirat

Hamba Allah

6 months ago

Ya Allah permudahkan urusan keluarga ini dunia Dan akhirat

Hamba Allah

6 months ago

Ya Allah Aku memohon perlindungan Dan keselamatan mu untuk dunia Dan akhirat Ku, Kedua ibubapa Ku, kaum kerabat ku, serta kaum Muslimin Dan muslimat Yang masih hidup Dan telah meninggal dunia.

  • Jan 12,2026
    RM 104.52 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jan 01,2026
    mohon pengeluaran
  • Dec 08,2025
    RM 261.90 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Dec 02,2025
    ingin mohon pengeluaran untuk beli keperluan dapur
  • Nov 18,2025
    RM 73.26 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 11,2025
    ingin memohon pengeluaran untuk beli barang dapur
  • Oct 27,2025
    RM 16.74 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Oct 15,2025
    ingin mohon pengeluaran
  • Sep 29,2025
    RM 56.25 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Sep 23,2025
    mohon pengeluaran