Saya Azira Binti Asri, ibu kepada 3 orang anak berumur 8 tahun, 4 tahun, dan 1 tahun 3 bulan. Suami saya ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa Kelantan dari hujung bulan 5 dan tidak tahu sampai bila atas tuduhan dadah.

Di sini saya ingin memohon sumbangan untuk kelangsungan hidup saya dan anak-anak untuk membeli skuter elektrik bagi memudahkan urusan kerja saya sebagai walker foodpanda. Sebelum ini saya hanya hantar order dengan berjalan kaki.

Sebahagian dari sumbangan nanti akan saya gunakan untuk deposit sewa bilik kerana pada hujung bulan 8 kami diminta tuan rumah untuk keluar. Saya juga ingin membeli keperluan anak-anak saya kerana tidak menerima sebarang bantuan bulanan dari mana-mana pihak.


Saya sangat berterima kasih kepada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan pertolongan bagi meringankan beban saya.