Kelangsungan Hidup

ZAIDIN MOHON BAIK PULIH ZINK RUMAH IBUNYA

RM 1,456 dari RM 3,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

Zaidin Diar bin hamid
Akaun Disahkan


Ibu dan ayah saya merupakan peneroka dan penerokawati FELDA. Setiap kali menyebut tentang FELDA, pendapatan bulanan semestinya bergantung kepada hasil kebun. Namun, arwah ayah saya mempunyai dua orang isteri. Setelah beliau berkahwin lain, sedikit pun hasil FELDA tidak pernah diberikan kepada ibu saya. Arwah juga jarang pulang ke rumah untuk mengambil tahu keadaan ibu dan anak-anak. Kebiasaannya, beliau hanya pulang ke rumah FELDA ketika waktu mengambil gaji sahaja.



Ibu saya terpaksa berusaha sendiri untuk menyara keluarga dengan mengambil upah mengurut ibu bersalin demi mencukupkan keperluan harian dan membeli makanan. Kami adik-beradik pula membantu sekadar yang termampu kerana masing-masing juga mempunyai keluarga untuk dinafkahi. Selepas arwah ayah meninggal dunia, barulah kami mengetahui bahawa kebun FELDA tersebut telah dipajak kepada pihak lain tanpa pengetahuan ibu saya.



Keadaan rumah pula sangat daif. Atap zink telah banyak bocor sehingga setiap kali hujan, ibu terpaksa bergegas mencari besen untuk menadah air. Apabila angin kencang, ibu hanya mampu berlindung di dalam bilik kerana bimbang zink akan terangkat. Kekuda kayu rumah juga sudah reput dan tidak lagi selamat. Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon bantuan bagi menggantikan atap zink rumah ibu serta membaiki kekuda kayu yang telah rosak demi keselamatan dan keselesaan ibu.




Ibu saya juga mempunyai masalah kesihatan dan perlu dibawa ke klinik setiap bulan untuk rawatan susulan. Dengan keadaan kesihatan ibu yang tidak menentu, saya amat berharap agar sumbangan dapat diberikan untuk menukar atap zink rumah ini supaya ibu dapat berehat dengan lebih tenang dan selamat di rumah, tanpa perlu lagi berkejar-kejar menadah besen setiap kali hujan turun.

Hamba Allah

3 months ago

Ya Allah, semoga kami diberi kesihatan yg baik sepanjang masa Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa Kami, sembuhkanlah segala penyakit-penyakit kami dan perkenankanlah permintaan hambamu ini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua Ya Allah, terimalah amal ibadah kami Ya Allah dan semoga pengakhiran kami dalam husnul khatimah Ya Allah serta berkatilah kehidupan kami dunia dan akhirat Ya Allah.

Hamba Allah

3 months ago

Sahaja Aku bersedekah kerana Allah mengharapkan redha Rahmat Dan keampunan keselamatan kebaikan perlindungan pertolongan Dari Mu Ya Allah untuk diriku, ibubapa, guru guru ku, kawan kawan ku, serta semua umat islam yg Masih hidup Dan telah meninggal dunia.

Hamba Allah

3 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

3 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

AZARUL ARIF

3 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

3 months ago

Ya Allah, Aku memohon maaf Dan ampun Engkau atas segala dosa Dan kesalahan ku, Yang d sengaja Kan dan tidak d sengaja Kan. Redhai Dan rahmati Aku, ibubapaku , serta ahli keluarga Dan umat Muhammad yg Masih hidup Dan telah meninggal dunia khusus yg pernah d aniaya d zalimi d sakiti.

Hamba Allah

4 months ago

Semoga Allah permudahkan semua urusan.

Hamba Allah

4 months ago

Sahaja Aku bersedekah atas diriku sendiri , ibubapaku, ahli keluargaku Dan Kaum kerabat, serta umat Islam khususnya yg pernah dianiaya dizalimi d sakiti, niat ikhlas kerana Allah Taala semata Mata mengharap loan redha, Rahmat Dan keampunan, kebaikan serta keselamatan sebelum kematian Dan selepas kematian Kami juga untuk dunia Dan akhirat Kami wahai Allah Tuhan dan raja sekalian Alam.

HAMBA ALLAH

4 months ago

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Hamba Allah

4 months ago

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnn

  • Apr 13,2026
    RM 143.39 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Apr 06,2026
    untuk beli zink
  • Apr 06,2026
    RM 178.11 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Mar 31,2026
    untuk membeli zink dan gantikan pada zink yang bocor teruk
  • Mar 30,2026
    RM 49.80 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Mar 24,2026
    untuk membeli zink 2kepeng..untuk digantikan zink yg rosak
  • Feb 23,2026


    SEBELUM DAN SELEPAS




  • Feb 09,2026
    RM 160.71 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Feb 03,2026
    terimakasih..dengan sumbangan yang diberi dapat sy gantikan zink ibu sy.walaupon tak kesemunya tetap bersyukur ..terimakasih.semoga allah memberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...
  • Feb 03,2026
    RM 781.96 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.