Tatkala kita fikir kita serba kekurangan, mungkin kita terlupa bahawa terdapat ramai lagi orang di luar sana yang jauh lebih susah. Diuji dengan sakit dan kesukaran hidup.
Encik Samsol, 50 tahun menghidap penyakit Hepatitis C dan perlu menjaga ibunya, 73 tahun yang merupakan pesakit Glaucoma. Beliau mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Disebabkan beliau tidak berupaya untuk bekerja tetap, beliau terpaksa membuat kerja kampung bagi menampung perbelanjaan harian bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa kerana perlu menjaga anak-anak dan tidak mampu untuk menampung kos asuhan anak-anak yang agak mahal. Beliau hanya menerima bantuan zakat sebanyak RM 500 sebulan bagi menampung keluarganya.
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk mendapatkan dana bagi kelangsungan hidup Encik Samsol sekeluarga selama 2 bulan. Dengan dana yang dikumpul, In Shaa Allah sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di bibir Encik Samsol. Berikut adalah pecahan dana yang diperlukan oleh keluarga Encik Samsol:
Sakit merupakan salah satu yang menjadi ujian yang berat buat manusia. Kita pasti melakukan pelbagai cara dalam usaha mengembalikan nikmat sihat Allah SWT. Diuji pula dengan kesusahan hidup. Ayuh kita bersama-sama bantu keluarga Encik Samsol untuk kelangsungan hidup.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)
#KitaPeduli
#WeCare
Hamba Allah
💕
NUR NABILA BINTI MUHAMAD AZMI
Semoga Allah SWT memudahkan urusan awak, urusan saya dan urusan kita semua. InshaAllah. Amin.
Hamba Allah
Semoga Allah SWT permudahkan.
Hamba Allah
Semoga zalehan sekeluarga dan anak2 dilimpahi rezeki dan mendapat perlindungan Allah swt sentiasa..doakan saya sekeliarga dijauhkan dari api.neraka aamiin
Hamba Allah
Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.
AINI ANUAR
Doakan semoga Allah Swt permudahka semua urusan2 kita didunia dan juga di Akhirat. Aamiin YRA.
Hamba Allah
Duit sumbangan dari umi saya Asiah Abdullah dan arwah abah saya Ahmad Bin Omar Bashai. Doakan umi saya diberi kesihatan dan kubur arwah abah saya dilapangkan. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu anda
Hamba Allah
Ya Allah, Tuhan yang Awal, yang Akhir, yang Zahir, yang Batin. Maharaja yang Tunggal, Maha Perkasa, Maha Pengasih Maha Penyayang dari segala yang Penyayang. Ampuni umat Nabi Muhammad s.a.w, lapangkan segala urusan dan kesulitan mereka. Tetapkan hati kami di jalan Mu agar tidak sesat. Kurniakan Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w, sahabat serta ahli keluarga baginda.
Hamba Allah
Moga dipermudahkan urusan, diberkati perjalanan dan diampunkan dosa kita semua. Moga Allah redhai dengan yg menerima & juga yg memberi. Ameen Allahumma Ameen
Hamba Allah
Ya Allah, Kurniakanlah padaku dan kami semua Kejayaan terbesar - kami berlindung dengan rahmat Mu Ya Allah selamat dari azab kubur dan api neraka. Ya Allah kami berlindung dari fitnah kehidupan dan juga fitnah selepas kematian Ya Allah. Ya Allah kami berlindung dari fitnah dajjal al-masihi. Ya Allah masukkan lah kami ke Syurga Firdaus Mu Ya Allah tanpa hisab dan azab ya allah Yang Maha Pengasih
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 301.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 366.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 460.00
37 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 461.00
132 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 310.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 360.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 555.00
55 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,020.00
38 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 598.00
99 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,470.00