Kelangsungan Hidup

BANTUAN BAYARAN TUNGGAKAN DAN SARA HIDUP UNCLE OOI

RM 570 dari RM 3,000.00

19%

98 baki hari lagi


Ooi Tieng Peng
Akaun Disahkan


Salam para budiman. Saya Encik Ooi warga emas  yang berumur 63 tahun. Dengan hati yang berat dan segan ingin meminta bantuan dari para budiman untuk menolong saya sedikit kewangan jika ada yang sudi. Saya dalam kesusahan hidup dan jiwa amat tertekan tak mampu untuk membaiki kereta yang rosak dan bayaran tunggakan bil elektrik dan kereta. Selepas ini bakal mengalami pemotongan elektrik dan kereta akan ditarik bila bila masa dari sekarang.



Saya telah diberhentikan pekerjaan oleh majikan baru-baru ini kerana masalah kesihatan yg selalu sakit. Kehidupan kini amat tertekan dan terseksa bersama isteri 47 tahun yang kaki sakit dan tak boleh berjalan dengan sempurna kesan suntikan Covid-19 disebabkan penyakit diabetes dan darah tinggi tak boleh bekerja buat masa kini dan anak 7 tahun kadangkala tidak dapat pergi ke sekolah kerana kekurangan wang. Ibu saya telah meninggal dunia 3 tahun yang lepas pada umur 89 tahun ketika itu kerana jatuh menyebabkan dia lumpuh terlantar di katil selama 8 tahun, segala wang habis dibelanjakan untuk kos penjagaan, perubatan dan pengebumian ketika itu.




Saya berharap dengan adanya pertolongan para budiman, dapatlah saya meneruskan kehidupan apabila kereta yang rosak dapat diperbaiki dan boleh buat kerja menghantar makanan dan bungkusan serta melunaskan bayaran bil tunggakan. Semoga para penderma yang budiman diberkati dan hanya tuhan yang dapat membalas seribu kebaikan dengan gandaan rezeki, kesihatan yang baik serta dipermudahkan semua urusan.


Hamba Allah

6 days ago

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen.

SITI LIYANA

2 weeks ago

Semoga seluruh ahli keluarga saya diberkati dan diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke syurga diakhirat kelak.Amiin.

Hamba Allah

2 weeks ago

Moga channel YouTube saya terus berjaya & adik saya mendapat pekerjaan dengan segera

Hamba Allah

3 weeks ago

Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.

NOR AZLINA ISMAIL

1 month ago

YaAllah, aku mohon padaMu agar permudahkan urusan jodohku dan kesihatan ibuku. Amin.

Hamba Allah

1 month ago

Semoga dipermudahkan segala urusan, dilebarkan pintu rezeki dan sentiasa dalam Rahmat allah swt

AMIR AMRULLAH

1 month ago

Semoga diberi ganjaran pahal buat Allahyarham ayahku & abangku. Semoga ibuku sentiasa sihat, tercapai cita2ku membawanya ke umrah satu hari nanti. Semoga segala hutangku diberi kemudahakan utk diselesaikan. InshaAllah

NOR AZLINA

1 month ago

Ya Allah, aku mohon agar pahala sedekah ini diberi pada ibuku. Amin

  • Feb 27,2023
    RM 47.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Feb 21,2023
    Anak beli makanan asas utk keluarga
  • Feb 20,2023
    RM 84.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Feb 13,2023
    Kerana teramat memerlukan utk beli barang dapur