Kelangsungan Hidup

BANTU PERBELANJAAN KELUARGA DAN PENDIDIKAN ANAK SAYA

RM 1,387 dari RM 2,000.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

NUR ATIQAH BINTI ABU BAKAR
Akaun Disahkan


Saya seorang ibu tunggal bercerai hidup, mempunyai 2 anak di bawah tanggungan saya. Anak yang sulung berumur 19 tahun, baru sahaja mendaftar ke UIAM Gombak dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan dan seorang lagi anak berusia 9 tahun.


Perceraian yang dibuat atas tuntutan saya disebabkan sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab dan kini sudah terputus hubungan dengan pihak bekas suami.



Bantuan yang diperlukan adalah untuk membayar bil dan sewa rumah yang tertunggak selama 2 bulan. Sebelum ini, bil elektrik tertunggak sebanyak RM2,700, berpunca dari kecuaian bekas suami telah pun diselesaikan oleh seorang hamba Allah yang dengan rela hati membantu.



Saya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak dengan pendapatan bulanan bernilai RM750, tidak mampu untuk menampung kos sara hidup. Hal ini kerana pengurusan pendaftaran anak ke UIAM Gombak bertembung pada masa yang sama.



Bantuan dari majlis agama masih dalam proses dan menyukarkan saya untuk menguruskan kewangan buat masa ini. Saya cuma berharap dapat selesaikan bayaran sewa rumah dan bil elektrik selama 2 bulan dalam masa yang terdekat atas bantuan dari medium ini.



Kebaikan dan keikhlasan mereka yang membantu, hanya Allah sahaja yang lebih layak membalas segalanya.  

Hamba Allah

1 year ago

Semoga semua dalam rahmat Allah. Aaminn

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

1 year ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

1 year ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

1 year ago

{ إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ } [سُورَةُ الحَدِيدِ: ١٨]

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

1 year ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

1 year ago

Ya Allah vkau murahkn rezeki ku supaya dpt ku kongsi rezeki ke jalan mu...Aamiin.

Hamba Allah

1 year ago

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa di dlm rahmat Allah.

  • Dec 18,2023
    RM 190.62 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Dec 05,2023
    Utk yg terakhir membantu, terima kasih alhamdulillah, dapat juga meringankan bebanan kewangan kali ni.Hanya Allah yg akan membalas keikhlasan semua yg mmbantu.
  • Dec 05,2023
    RM 81.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 28,2023
    Tambahan perbelanjaan dapur
  • Nov 28,2023
    RM 906.68 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 25,2023

    Alhamdulillah, Kos bayaran Mahallah anak di UIAM Gombak utk sem 1,telah pun selesai. Untuk sem akam datang, inshaa Allah ada rezeki lain menanti,berharap yg baik-baik.Bayaran Tunggakan bil TNB turut dibuat sebanyak RM400, dan berbaki RM213.00.Dan bayaran sewa rumah juga masih tertunggak RM500. 00,Dan inshaa Allah,masih ada yg sudi membantu dalam tempoh berbaki brp hari sahaja lagi.Moga Allah membalas segala kebaikan dan keikhlasan yg dilakukan.

  • Nov 21,2023
    Alhamdulillah, terima kasih pada yg membantu, jumlah amaun dapat membantu bayaran mahallah anak di UIA RM552, dan bayaran bil TNB tertunggak 1 bulan. Moga Allah berikan rezki berganda pada kalian.
  • Nov 15,2023
    RM 60.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Nov 07,2023
    Bayaran tiket bas pergi balik anak utk cuti deepavali
  • Oct 30,2023
    RM 100.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.