Saya Hamirudin memohon sumbangan untuk membaiki atap rumah yang telah dirosakkan oleh monyet liar. Rumah saya telah menjadi laluan haiwan liar dan sekumpulan monyet selalu berrmain di atap rumah saya hingga mengakibatkan atap rumah saya retak dan mengalami kebocoran. Ia amat sukar apabila hari hujan kerana air akan masuk ke dalam rumah.


Saya memohon bantuan ini kerana dengan gaji yang saya terima hanya cukup untuk menampung keperluan perbelanjaan kami sekeluarga dan sekolah anak-anak. Ekonomi yang tidak menentu ini membuatkan pendapatan yang saya peroleh kurang dan tiada OT lagi di tempat kerja.

Rumah yang saya duduki ini adalah peninggalan arwah atuk saya dan kami sekeluarga sudah tinggal di sini selama 12 tahun. Kami sekeluarga tidak boleh menyimpan stok di dalam rumah kerana monyet liar ini akan menceroboh dan menyepahkan rumah kami.

Saya memohon kepada semua untuk membantu saya membaiki atap rumah ini demi menjaga keselamatan keluarga saya.