Kelangsungan Hidup

SHAFIKA SEKELUARGA BAKAL DIHALAU TUNGGAKAN RUMAH TIDAK DIBAYAR

RM 658 dari RM 2,300.00
Berjaya Mencapai Matlamat Dana

SHAFIKA BINTI JANTAN
Akaun Disahkan


Saya ingin memohon bantuan dan perhatian pihak tuan/puan berkenaan situasi keluarga saya yang sangat terdesak. Suami saya merupakan orang kurang upaya (OKU) mental dan telah menghidap penyakit ini selama lebih 12 tahun. Sejak empat bulan kebelakangan ini, penyakit beliau telah kembali kambuh walaupun masih menerima rawatan dan mengambil ubat secara berkala di Hospital Permai. Keadaan ini menyebabkan suami saya tidak dapat bekerja dan beliau juga telah diberhentikan kerja serta-merta akibat masalah kesihatan tersebut.



Disebabkan kehilangan sumber pendapatan utama, saya kini menghadapi kesukaran yang amat besar untuk menampung keperluan harian, terutamanya membayar sewa rumah. Dalam masa yang sama, anak-anak saya masih bersekolah dan saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan pendidikan mereka tidak terjejas. Namun begitu, tekanan kewangan yang dihadapi semakin memuncak dan saya telah diberikan notis selama 14 hari untuk mengosongkan rumah sekiranya gagal membayar sewa tertunggak.



Saya benar-benar buntu dan amat sedih memikirkan nasib kami sekeluarga. Saya tidak tahu ke mana hendak membawa anak-anak sekiranya kami dihalau dari rumah. Dengan rendah hati, saya merayu agar pihak tuan/puan dapat membantu kami dalam apa jua bentuk bantuan yang termampu demi kelangsungan hidup dan masa depan anak-anak saya. Segala keprihatinan dan bantuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Hamba Allah

3 days ago

ALHAMDULILLAH KE ATAS SEGALA REZEKI, NIKMAT, RAHMAT YANG ENGKAU KURNIAKAN

Hamba Allah

1 week ago

moga kita dikurniakan kesihatan yang bermanfaat & laluan kematian yang mudah dunia akhirat.

AINI ANUAR

1 month ago

Mohon doakan kelamatkan takyat palestine.

AINI ANUAR

1 month ago

Mohon doakan kelamatkan takyat palestine.

AINI ANUAR

1 month ago

Mohon doakan kelamatkan takyat palestine.

AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH

2 months ago

Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin

Hamba Allah

2 months ago

Semoga dipermudahkan segalanya, dilimpahkan rezki, diberi kesenangan dan kekuatan dlm mnghadapi cabaran hidup.. Amin2 Ya rabbal alamin.

Tiada Perkembangan