Kelangsungan Hidup

ABDUL HAFIZ MOHON BANTUAN KOS GUAMAN KES MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

RM 125 dari RM 3,000.00

4.17%

2 baki hari lagi


ABDUL HAFIZ BIN ZOL
Akaun Disahkan


Saya dengan rasa rendah diri memohon sedikit bantuan kewangan bagi menampung kos guaman berkaitan isu kesilapan dari mahkamah rendah syariah menjatuhkan sabit talaq tiga bain kubra dengan isteri saya.



Saya dengan bekas isteri tidak berpuas hati kerana saya hanya menghantar teks melalui WhatsApp pada malam hari kejadian dengan ayat, "Aku ceraikan kau dengan talak 1". Jelas saya tidak melafazkan dengan lisan, atau pun berulang kali.



Namun, sepanjang prosiding mahkamah, terdapat banyak perkara yang mengelirukan saya. Hakim mengajukan soalan yang bersifat provokasi, sehingga saya secara tidak sengaja mengiakan banyak jawapan. Saya telah melantik peguam untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini, dengan kos guaman sebanyak RM7,500, tidak termasuk kos kehadiran. Setakat ini, kami telah membayar RM2,500, namun kini saya berdepan dengan kesulitan kewangan untuk meneruskan pembayaran yuran guaman.



Saya tidak lagi bekerja, tetapi masih menanggung nafkah dua orang anak, yang merupakan tanggungjawab saya. Oleh kerana saya tidak tinggal bersama mereka, banyak keperluan yang perlu ditanggung, termasuk bayaran sewa rumah, ansuran motosikal, serta yuran kehadiran peguam.


Anak-anak saya juga kadang kala jatuh sakit dan memerlukan rawatan, menyebabkan beban kewangan semakin berat. Saya dan isteri masih saling menyayangi dan berniat untuk rujuk kembali, namun keadaan ini menjadi semakin rumit.



Anak-anak kami masih kecil, seorang berusia satu tahun dan seorang lagi tujuh bulan. Oleh kerana tiada jalan lain, isteri terpaksa melantik peguam untuk menguruskan kes ini, menjadikannya sebagai usaha terakhir kami.


Saya merasakan keputusan hakim tidak adil kerana ia tidak selari dengan penilaian dari semua sudut. Kami juga telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Mufti Kedah, pihak pejabat agama, serta khidmat peguam. Kesemua mereka merasakan bahawa keputusan mahkamah tidak sepatutnya menetapkan talak tiga, sedangkan secara jelas ia hanyalah talak satu.

Semoga ada sinar dan jalan penyelesaian untuk kami sekeluarga.

Hamba Allah

5 days ago

semoga Allah permudahkan urusan

Hamba Allah

2 weeks ago

YA ALLAH, MAAFKAN SEGALA KESALAHAN KAMI, AMPUNI DOSA-DOSA KAMI, DOSA-DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, DOSA-DOSA KAMU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG MASIH HIDUP DAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, YANG BERHAK KEATAS DIRI KAMI, JIKA REZEKI KAMI HARAM ENGKAU SUCIKAN LAH, JIKA REZEKI KAMI HALAL ENGKAU BERKATILAH DAN JIKA KURANG ENGKAU CUKUPKAN LAH, KURNIAKAN KAMI KEBAIKAN DAN KESELEMATAN DUNIA AKHIRAT

Hamba Allah

2 weeks ago

Ya Allah maafkan segala kesalahan - kesalahan Kami, Ampuni segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua orang Tua Kami, serta Muslimin muslimat Yang hidup Dan Yang telah meninggal dunia, Yang berhak keatas diri kami. jika rezeki Kami haram Engkau sucikan lah, jika rezeki Kami halal berkati lah Dan jika rezeki Kami Kurang Engkau cukupkan lah.

Hamba Allah

2 weeks ago

Ya Allah engkau permudahkan Urusan keluarga ni dunia Dan akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Hamba Allah

3 weeks ago

Ya Allah Ampuni dosa-dosa Kami, dosa kedua ibubapa Kami Dan dosa saudara -saudara seagama Kami Yang hidup Dan telah meninggal dunia yg pernah dianiyai dizalimi disakiti secara langsung Dan tidak langsung yang berhak keatas diri kami, kurniakan Kami Amalan Yang terima , Kami mengharap keredhaan Dan keampunan Mu ya Allah

Hamba Allah

3 weeks ago

Ya Allah Ampuni dosa-dosa Kami, dosa kedua ibubapa Kami Dan dosa saudara -saudara seagama Kami Yang hidup Dan telah meninggal dunia yg pernah dianiyai dizalimi disakiti secara langsung Dan tidak langsung yang berhak keatas diri kami, kurniakan Kami Amalan Yang terima , Kami mengharap keredhaan Dan keampunan Mu ya Allah

AINI ANUAR

2 months ago

Mohon doakan semoga Allah permudahkan semua urusan2 kita di dunia dan di akhirat. Aamiin

AINI ANUAR

2 months ago

Semoga Allah permudahkan semua urusam kita.

AINI ANUAR

2 months ago

Mohon doa semoga Allah permudahkan semua urusan2 kia semua.

MOHAMAD ARIF BIN MD ZAINAL ABIDIN

2 months ago

Sedekah subuh..semoga dipermudahkan segala urusan

  • Jun 18,2025
    kegunaan kos guaman
  • Jun 17,2025
    RM 60.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Jun 04,2025
    Kegunaan bagi menyelesaikan yuran kehadiran
  • Apr 14,2025
    RM 25.00 telah berjaya dipindahkan ke dalam akaun penerima yang berdaftar.
  • Apr 05,2025
    Untuk Bayaran share bersama isteri ,nak tunggu gaji lambat lagi
  • Apr 04,2025

    DOA KAN SAYA SEMOGA KEPUTUSAN AKHIR DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KOTA SETAR, MEMIHAK KEPADA KAMI, KEOUTUSAN AKAN DIDENGAR PADA TARIKH 22/07/2025 HANYA ADA 2 PELUANG, SAMA ADA DIPUTUSKAN PERLU DIBICARA SSEMULA ATAU TALAQ DIPINDA KE TALAK 1,..JIKA GAGAL KEKAL TALAK 3..TOLONG DOA KAMI YE..WALAUPON KOS BELUM MENCUKUPI, TAPI DOA DARI SEMUA JUGA ADALAH SANGAT PENTING UNTUK KAMI..AMINN