Assalamualaikum wbt, mohon sedikit sebanyak dapat menolong untuk meringankan beban perubatan asma anak perempuan saya.
Anak saya berumur 4 tahun dan merupakan pesakit kronik asma yang mana memerlukan untuk penggunaan pam oksigen setiap hari. Anak saya juga perlu berulang alik ke klinik mahupun hospital sekiranya kesihatan makin merosot atau pam tak dapat membantu untuk hilangkan rasa tidak selesa pada badan anak saya.


Saya cuma bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak tetap. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu keadaan ekonomi keluarga saya. Semoga anda semua sudi membantu.