Assalamualaikum wbt. Saya bernama Fadzil Bin Yusof berumur 58 tahun. Saya merupakan seorang bekas tentera tidak berpencen (t714052) yang kininya sudah tidak boleh bekerja di atas masalah kesihatan iaitu kronik asthma, arthritis kedua-dua. Saya telah disahkan menjadi oku yang tidak boleh lagi bekerja.



Saya mempunyai isteri dan seorang anak perempuan masih belajar di bawah tanggungan saya. Keadaaan diri saya menyebabkan saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab ketua keluarga dengan sempurna. Setiap bulan, kami akan menerima stok bantuan makanan. Walaupun tidak sepenuhnya mampu menampung keadaan keluarga saya tetapi sedikit sebanyak telah meringankan beban kami sekeluarga.


Disebabkan musim tengkujuh hampir tiba, saya dengan rendah hati memohon bantuan agar bumbung rumah saya dapat dipulihkan. Keadaan bumbung kami sudah sangat teruk dengan atap bocor. Selain itu juga, burung bersarang di atas dan haiwan seperti tikus, lipas, anai anai, kelkatu dan pelbagai yang ada di atas yang mengancam kesihatan dan suasana .
Saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya, sumbangan yang kalian berikan hanya dapat dibalas dan diberi ganjaran yang terbaik oleh Allah.