Saya ingin memohon bantuan orang ramai untuk menampung perbelanjaan anak anak yang masih bersekolah.
Saya Aini, ibu pada 6 orang anak yang semuanya masih dalam tanggungan saya. Anak yang sulung berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka dan duduk di asrama. 3 orang lagi bersekolah di sekolah berdekatan kawasan rumah. Saya mempunyai masalah kewangan kerana suami juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.



Saya ingin memohon bantuan seikhlas hati dari yang ingin membantu untuk keperluan sekolah dan perbelanjaan. Sementara ini, saya masih mencari kerja-kerja sambilan berdekatan untuk menampung segala kos anak.