Saya memerlukan bantuan untuk bayar sewa rumah yang tertunggak selama 2 bulan sebanyak RM1200. Saya bekerja di tempat cuci kereta dengan gaji RM1500. Isteri saya pula tidak bekerja sekarang, sebelum ini dia bekerja tetapi tempat kerja isteri ditutup terus. Jadi semasa isteri bekerja kami sama-sama membayar komitmen yang ada setiap bulan. Namun semenjak isteri sudah tidak bekerja saya tak dapat bayar kesemuanya kerana banyak sangat komitmen yang perlu dibayar.


Saya sudah berusaha sehabisnya untuk membayar dan menanggung semuanya tetapi masih tak dapat untuk lunaskan komitmen yang ada. Saya mempunyai 4 orang anak berumur 2 tahun, 4 tahun, 8 tahun dan 10 tahun. Saya berharap sangat pihak tuan/puan dapat bantu saya kerana saya dah buntu tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Saya dah cuba pergi masjid, baitulmal, pejabat agama, kuil, gereja, jumpa ketua kampung dan saya juga dah jumpa YB area saya tapi semua masih suruh saya usaha dan suruh ke sana ke sini.

Pemilik rumah bagi masa kepada kami dan mereka dah taknak tahu dan dengar alasan saya lagi untuk tangguhkan bayaran sewa jika lusa tidak bayar mereka akan tutup semua air dan elektrik dan mereka juga akan buat report polis. Saya betul-betul dah tak tahu nak buat apa dengan keadaan semua tak sihat tetapi nak beli ubat pun tak mampu kerana sudah tiada simpanan langsung. Saya betul berharap dan merayu pihak tuan/puan dapat bantu kami.