Kelangsungan Hidup

MOHON SUMBANGAN UNTUK BELI KEPERLUAN BABY BARU LAHIR

RM 530 dari RM 3,000.00

17.67%

66 baki hari lagi


Nur Atika
Akaun Disahkan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Disini saya sangat memerlukan kerana saya sangat terkesan dengan keadaan ini. Saya hanya ingin memohon sumbangan untuk membeli keperluan anak saya yang bakal lahir pada jangkaan 29 April 2023.



Saya berharap sebelum sampai tarikh tersebut, saya dapat melengkapkan segala barangan bayi. Saya memohon sumbangan ini kerana suami saya hanyalah sebagai mekanik di bengkel sepupunya sendiri dan beliau sudah sehabis baik setengah mati bekerja tetapi gaji hanyalah dibayar RM50 kadang-kadang tidak dibayar sama sekali. Jatuh air mata saya bila suami saya bermati-matian kerja berpanas tapi ini balasan orang padanya.


Dengan hati terbuka dia selalu menerima berapa sahaja pemberian sepupunya dan selalu berikan pada saya setiap kali dapat gaji dan berkata:


"Ini saja dear dapat bagi."



Sayunya hati saya melihat suami dibuat sebegitu rupa. Hanya RM50 tanpa ditanggung makan dan minyak kereta selalu kehabisan sehingga terpaksa pulang berjalan kaki. Kami juga mencuba untuk memohon kerja di tempat lain, tetap,i masih tiada rezeki lagi. Semoga ada rezeki selepas bersalin buat kami sekeluarga. Buat masa ini saya bekerja part time dengan menjadi runner persendirian serta menghantar budak-budak sekolah.


Dari hasil itulah membantu kelangsungan hidup kami, tapi, masih tidak cukup untuk membeli barangan bayi. Sedihnya hidup ini, apakan daya, Allah lebih mengetahui.




Saya harap ada yang sudi membantu serba sedikit untuk melengkapkan barangan bayi saya dan sumbangkan juga untuk duit poket kami iaitu duit minyak untuk saya di hospital nanti. Terima kasih, semoga anda semua dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat begitu juga saya.

Hamba Allah

5 days ago

Ya Allah berkat sedekah ku ini.Aku memohon limpahkanlah Al Afiah untuk diri ku, isteriku,keturunanku dan kedua arwah orang tuaku.

Hamba Allah

6 days ago

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen.

  • Mar 24,2023

    assalammualaikum smlm sy di masukkan ke dalam hospital untuk pantau jantung baby . dan ada bukaan 1cm . harap sblm saya melahirkan segala perlengkapan sudah cukup . kereta kami sedang rosak saya mintamaaf telah menggunakan serba sedikit wang yg kamu sedekah untuk tkr kprluan kereta . sbb nya knderaan proton wira tu sahaja la yg kmi ada untuk ke sna ke sini . smoga ada pertambahan dari kamu untuk sy beli barangan baby dan juga keperluan saya 😭🙏

  • Mar 22,2023

    harap ada yg sudi tambah untuk kprluan sy dan untuk baby sy yg bakal lahir . msih bnyak yg kurang kprluan sy . harap ada yg sudi tmbh lgi . untuk duit pocket dan duit minyak kereta dan untuk brgn baby yg blm sy beli lagi . 

  • Mar 21,2023
    SAYA MAHU MENGGUNAKAN SEDIKIT SAHAJA DULU UNTUK ISI MINYAK KERETA ESOK SAYA TEMU JANJI JUMPA DOCTOR PAKAR TAYAR KERETA HUSBAND SAYA PECAH TAK DAPAT DIGUNAKAN.