Assalamualaikum wbt sahabat sekalian, saya merayu kepada anda semua untuk membantu kelangsungan hidup keluarga kami. Menjadi seorang ibu yang harus menanggung keluarga bukanlah sesuatu yang mudah. Saya mempunyai 2 orang anak dan suami telah kehilangan kerja disebabkan pandemik dan juga mempunyai sakit tulang belakang. Beliau sudah tidak mampu bekerja menyebabkan kami sekeluarga tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menampung keluarga.
Saya berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban kami dan anak-anak yang masih belajar dan perlukan wang perbelanjaan pelajaran. Saya cuba untuk mencari kerja tetapi tidak diterima kerana faktor usia. Buat masa sekarang saya cuma mengharapkan sedikit bantuan untuk saya mencari rumah lain buat kami sekeluarga.
Rumah saya juga telah dilelong kerana kami sudah tidak mampu untuk membayarnya. Keadaan ini juga telah memberi kesan kepada kesihatan mental saya sehingga saya telah dirujuk kepada bahagian psikologi untuk konsultasi.
Saya berharap ada insan yang baik hati ingin membantu keluarga kami. Terima kasih di atas jasa baik anda semua dan hanya Allah dapat membalasnya.
Hamba Allah
Ya Allah, berkatilah kehidupan keluarga ini. Mudahkanlah urusan dunia dan akhiratnya. Luaskanlah rezekinya, berilah kesembuhan buat suaminya. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah. Jadikan kami ini hamba Mu yg bertaqwa, beriman di jalan Mu Ya Allah. Lindungi kami dr segala kelalaian dan kesesatan di atas muka bumi ini Ya Allah.
Hamba Allah
Ya allah.. permudahkan la urusan kami, lapangkan la pintu rezeki kami, terima lah segala ibadah kami.. dan moga kami sentiasa dlm rahmat mu ya allah..
Hamba Allah
Semoga Allah memberkati hidup kita bersama.
Hamba Allah
Semoga Allah s.w.t mengurniakan sebaik-baik pertolongan buat saudara seislam yang memerlukan. Semoga kita semua dikurniakan kesembuhan dari segala penyakit dan dikurniakam kesihatan yang baik.
Hamba Allah
Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik pertolongan buat yang memerlukan. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.
AZARUL ARIF BIN MAT JUSOH
Semoga saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan isteri yang solehah tahun ini, aamiin
AINI ANUAR
Doakan semoga Allah Swt permudahka semua urusan2 kita didunia dan juga di Akhirat. Aamiin YRA.
AINI ANUAR
Doakan semoga Allah Swt permudahka semua urusan2 kita didunia dan juga di Akhirat. Aamiin YRA.
Hamba Allah
Doakan agar saya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
Hamba Allah
Ampunkanlah kedua ibubapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat
24 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,421.00
54 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,785.00
54 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,175.00
327 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 345.00
312 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 470.00
177 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,230.00
24 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 615.00
25 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 815.00
208 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,950.00
25 Baki Hari
Sumbangan Terkumpul
RM 1,595.00