Saya merupakan bekas komando tentera dan mendapat kecederaan semasa bertugas di Bosnia. Semasa dalam tugas rondaan saya telah terkena bom anti-tank menyebabkan saya telah kehilangan keupayaan tangan pada tahun 1994. Semenjak kebelakangan ini, tangan kiri pula yang telah kebas dan kehilangan rasa seperti tangan kanan. Hal ini menyebabkan saya telah kehilangan perkerjaan menyebabkan saya tidak dapat mencari rezeki seperti biasa dan tidak mampu utk membayar sewa sehingga tertunggak selama 5 bulan.




Ekoran daripada itu, saya telah dihalau dari rumah sewa dan terpaksa tinggal merata tempat untuk berteduh bersama isteri serta dua anak saya yang masih kecil. Saya sekeluarga terpaksa merempat di wakaf tepi pantai dan anak-anak terpaksa meninggalkan alam persekolahan buat sementara. Saya ingin menyelesaikan masalah pencarian rumah dahulu.

Saya berharap ada pihak yang sudi membantu mengeluarkan saya dari masalah ini walaupun sedikit. Saya doakan semoga anda diangkat darjatnya oleh Allah SWT di atas sumbangan anda ini.